Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
14111
View
169
Reply

masalah konsortium brg Cina yg tertubuh thn 2007

[Copy link]

Author: memerhati       Show all posts   Read mode

Post time 17-4-2011 12:06 PM | Show all posts
Assalamualaikum,..

Pagi Ahad ni baru terasa segar sikit....
Saya adalah salah seorang pemberi share yang berada dalam list yg tt paste kat awal thread. Saya juga banyak kali menghadiri meeting dgn geng- geng konsortium dari sejak di Restoran Al-Malek sehingga ke Diamond Square. Kalau tak silap, setiap minit mesyuarat ada dalam salah satu thread dalam forum ni..kena search balik la...

Saya rasa tidak timbul niat untuk menipu atau mengaut keuntungan dari duit share ahli..Apa yang berlaku mungkin ada salah faham atau kesilapan pengurusan,.tetapi kita tak boleh menyalahkan mereka semata-mata kerana mereka dengan sukarela telah mengorbankan tenaga, masa dan ada yang mengeluarkan wang ringgit mereka sendiri untuk menampung extra kos pengurusan termasuk bayaran sewa di Diamond Square.

Saya tak pasti apa masalah sebenar tt, samaada beliau tak dapat barang yang diinginkan, atau masaalah2 lain,.cuma saya harap janganlah dipanjangkan perkara ini, bawa berbincang dan cari jalan penyelesaian..tak perlu lah sampai nak ambil laywer  dan bawa ke mahkamah..Jika diperlukan, saya juga boleh membantu dalam perbincangan..saya rasa rakan-rakan lain yang terlibat juga sedia membantu....

Komuniti usahawaan kita tak sebesar mana pun..jangan dengan pertelingkahan kita ni, akan mengecilkan lagi kaum kita dalam dalam usaha untuk menguasai ekonomi...kita perlu sedar, kita terlalu jauh kalau nak dibandingkan dengan kaum lain...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-4-2011 12:17 PM | Show all posts
Baiklah, saya dan suami saya terima alasan awak semua, lain kali kalau kail panjang sejengkal jangan offer nak jadi pembela bangsa melayu. Akhirnya pembelaan entah kemana , yang merana bangsa sendiri. Lain saya tuntut akhirat
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-4-2011 12:55 PM | Show all posts
Inilah perkara paling worst saya alami, surat perjanjian tak ada, main yakin dengan kata-kata manis, lepas beri duit, khabar langsung tiada, sms pun tidak, 2011 ungkit baru nak bagi jawapan, belum lagi audit akaun.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2011 03:34 PM | Show all posts
alhamdulillah, kes ni macam dah selesai...TT pun aku tengok, dapat menerima penjelasan dengan baik...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-4-2011 03:52 PM | Show all posts
terpaksa terima dengan hati yang sakit, sedih dan tertipu
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2011 04:05 PM | Show all posts
terpaksa terima dengan hati yang sakit, sedih dan tertipu
memerhati Post at 17-4-2011 15:52


TT...

dari apa yang saya baca, konsortium ni tak dapat diteruskan sebab mengalami kerugian...

bila dah mengalami kerugian, so keuntungan tak dapat diperoleh...

jadi, duit yang dilabur tidak akan dapat memberi pulangan semula kepada kita di atas faktor kerugian tersebut...betul tak TT...?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-4-2011 04:18 PM | Show all posts
Kalau dah tau rugi, apasal tak maklum awal-awal, kalau dah tau sewa ofis merugikan kenapa sewa ofis. Daripada sewa ofis kenapa tak sewa kedai pameran barang. Manangement tak bagus, buat apa ajak orang masuk, buat apa cerita juta-juta.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2011 04:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by hazel23 at 17-4-2011 16:40

akak tak tau hujung pangkal bisnes ni,  tapi akak percaya, benda ni bole disettekan dgn cara begini.

1. listkan nama pelabur dan jumlah $ yg dilaburkan, kemudian dptkan % pelaburan, cth jika encik tanya labur $1k, dan jumah pelaburan adalah $100k, maknanya  encik tanya,  ada 10% dlm bisnes ni.

2. kemudian mtklah encik sinar senaraikan jualan yg diraih, cth jika jumlah jualan adalah $150k, maknanya hasil pelaburan 10% encik tanya,  telah menjana $1.5k jualan, so rasanya 10% = $1.5k tu patut diberikan kepada encik tanya, bukankan itu punca utama kita melabur dlm perniagaan??/ TETAPI

3. senaraikan juga perbelanjaan yg ditanggung oleh bisnes ini,  jika jumlah perbelanjaan, (sewa ofis, material, belanja perjalanan, byr designer ect ect ect) adalah $120k, maka,  encik tanya  patut juga tahu bahawa encik tanya perlu menanggung 10% dari belanja tersebut, iaitu $1.2k, begitulah sebaliknya.....,

4. dlm bisnes yg "so call" - MAHU sama2 untung - maka perlulah juga MAHU sama2 menanggung risiko, sama2 rugi..

akak faham TT sukar menerima jawapan ini, yelah mungkin dari pihak TT ada tekanan2 lain. But look at the bright side...

U gain a very valuable lesson - lebih menilai dari jumlah yg terlebur - iaitu dalam perniagaan, jika tidak berani ambil risiko, janganlah berniaga.

jika ada perkongsian, dapatkan hitam putih, sentiasa minta akaun utk pastikan pelaburan anda sentiasa dlm landasan selamat (mengikut definasi anda).

and bro Sinar, .... saya percaya, jika niat kita di jalan Allah, pertolonganNYA akan datang jua. Dalam forum ni satu orang yg tidak diketahui identitinya memercik pasal sinar, sepuluh orang lama dgn identiti jelas memangkas percikan  tersebut - tanpa disuruh, tanpa diminta..

TT - tenangkan hati - redhakan sahaja itu bukan rezeki pada masa ini - ni semua kerja Allah, jika itu rezeki kita, tak der siapa yg boleh tahan, dan kalau itu bukan rezeki kita, mungkin ada yg lebih besar dariNYA menunggu dimana-mana.. teruskan perjalanan dan optimis apa yg ada dihadapan..

CIK CT - dah lama lah tak dapat kacang!!!!


encik tanya - SORY pakai nama u - sebab tau u tak cepat melenting.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2011 04:40 PM | Show all posts
Kalau dah tau rugi, apasal tak maklum awal-awal, kalau dah tau sewa ofis merugikan kenapa sewa ofis. ...
memerhati Post at 17-4-2011 16:18



   TT saya ikuti thread ni... walaupun saya tak tahu hujung pangkal tapi saya faham kenapa TT rasa tertipu dan teraniaya..
  kalau boleh saya kalau berniaga biarlah saya buat sendiri, modal sendiri, usaha sendiri tak perlulah selepas ini TT join apa2 koperasi ke , konsortium ke.. sebab biasanya ( melalui pemerhatian saya ) hanya pandai berkata2 dan perancangan yg sangat gah... akhirnya hancur belaka...

jadikanlah pengajaran

biarlah asal niaga kecil2 tapi akhirnya jadi besar dgn usaha sendiri malah untung dan rugi adalah atas beban sendiri kita pun tak sakit hati...

saya paling tak percaya mlm walaupun hpa!
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2011 04:40 PM | Show all posts
just opinion jer...
kalau takut dilambung ombak, jgn berumah di tepi pantai..
kalau takut rugi, jgn berniaga..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2011 04:42 PM | Show all posts
aduhh.. saya tersepit antara byk pihak yg mengecam topik di tutup segera dan topik masih dikekalkan. ...
ctredzuan Post at 16-4-2011 00:43



   kali pertama saya jumpa mod kat CARI ni yang tidak bertindak melulu... tidak menyebelahi mana-mana pihak.. semoga terus menjadi mod yg bagus dan terus berjaya sebagai usahawan wanita berjaya...
mod paling hampeh -----> kat CI ....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2011 05:38 PM | Show all posts
bagi pendapat aku, thread ni perlu ditutup atas sebab SCAM...

macam mana thread ni boleh terus dibiarkan sedangkan orang yang buka thread ni menyamar dengan menggunakan nama lain...

kalau hal ini dibiarkan, maka esok lusa, akan ada pulak orang lain, menggunakan nama samaran dan hentam forumer yang dia tidak puas hati...

aku percaya, kalau ada orang yang menyamar, buka thread dan hentam Moderator ctredzuan, pasti tak sempat orang tu berkelip mata, thread ni dah kena tutup...

maka aku cadangkan thread ni ditutup atas sebab scam...thread ni tak ubah macam surat layang...

so...kalau TT nak luahkan ketidakpuasan hati, tolong buka thread dengan menggunakan nama ID sebenar, bukan dengan menyamar...

dan moderator, silalah tutup thread scam ni...integriti dan kredibiliti seseorang moderator tu penting...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2011 10:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by tanya at 17-4-2011 22:11

Reply 68# hazel23


    Terima kasih Kak Hazel atas nasihat & pandangan..masa berjumpa kat Kunang-Kunang dulu pun Kak Hazel banyak bagi nasihat yang berguna kepada kami..

Jangan risau, saya tak akan cepat melatah...saya dah biasa dimaki/ dikritik oleh customer..itu adalah asam garam...kalau kita rasa kita salah, kita kena terima...kalau rasa kita betul, kita kena pertahankan,..tapi dgn cara diplomasi supaya tidak mengecilkan hati pelanggan,..itulah yang saya selalu bagitahu kpd staf saya.....

Berbalik kepada perkara pokok,...seingat saya la,..tapi kalau silap, harap ada yang betulkan,...share RM1000 yang dilaburkan oleh ahli-ahli yang terlibat, adalah untuk mendapatkan jenis barang-barang yang telah dipersetujui oleh kebanyakan ahli setelah ditolak kos-kos yang berkaitan,.. bukannya labur RM1000, duduk diam dan mengharapkan ahli lain atau AJK menjual dan menugggu peratus keuntungan...Seperti kes saya, saya melabur untuk pakaian,..jadi, bila barang sampai,..saya datang ke ofis di Diamond Square dan mengambil bahagian saya dengan nilai RM1000.00..untung atau rugi atas jualan adalah tanggungan saya,..Jadi, saya masih tertanya2 apa sebenarnya masalah TT,..mungkin tak dapat barang kot,..tapi agak pelik jugak....

Rasanya lebih elok kalau TT guna ID asal,..tak perlu takut kalau benda betul...kalau tak, orang akan ingat scam....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2011 10:55 PM | Show all posts
Kalau memang ada usahawan yang korang rasa haprak nak bagi nasihat kepada usahawan lain, kenapa tak  ...
star_karat Post at 16-4-2011 00:38



   Perbincangan Diluar kotak koperasi dan konsortium kejap..

Tak pelah, lps ni, kamu buat pembetulan, correction2 kat sini.. Mana mana peniaga yang claim business mereka dah untung juta2, tp jika kamu rasa teori tu salah difikiran kamu, kamu pebetulkan mereka...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2011 11:07 PM | Show all posts
macam pasaran saham jugak board ni...sekejap sejuk, sekejap panas,..kejap turun,..kejap naik..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 07:21 AM | Show all posts
saya telah edit topik supaya tajuknya tak nampak bias / berat sebelah, dan perlukan penyelesaian yg baik, sekiranya tak dapat susulan saya akan lock topik ini, jangan marah yaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 08:14 AM | Show all posts
share RM1000 yang dilaburkan oleh ahli-ahli yang terlibat, adalah untuk mendapatkan jenis barang-barang yang telah dipersetujui oleh kebanyakan ahli setelah ditolak kos-kos yang berkaitan,.. bukannya labur RM1000, duduk diam dan mengharapkan ahli lain atau AJK menjual dan menugggu peratus keuntungan...Seperti kes saya, saya melabur untuk pakaian,..jadi, bila barang sampai,..saya datang ke ofis di Diamond Square dan mengambil bahagian saya dengan nilai RM1000.00..untung atau rugi atas jualan adalah tanggungan saya,..
tanya Post at 17-4-2011 22:08


inilah cara betul meniaga...

kalau nak goyang kaki, masuk skim cepat kaya ajelah...

patut laa konsortium ni tak pegi jauh...sebab yang buat keje 2-3 kerat je...yang goyang kaki aje yang ramai...

pandangan ni aku kuarkan berdasarkan info yang aku nampak dalam thread ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 08:47 AM | Show all posts
Reply 73# tanya


  thanks tanya -  if u guys still remember about wht i said about world r waiting for China to pick up their economy...
now, another point of view- END USER YG "QUALITY CONCIOUS" tak nak barang china - reputation product from china sangatlah rendah -

skrg cari kasut pun, tgk label - mmm... from china - letak balik - labur $$$$ pun.. 3 bulan, kaki dah sakit, walaupun ex-factory baru 6 bln...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 09:44 AM | Show all posts
my opinion... even xtau sgt psl konsortium ni tp rasanya thread ni x perlu ditutup. Kita kena faham dan cuba letak situasi kita dgn TT..  kita kena respectla TT sebab dia bukak thread ni untuk meluahkan rasa sedih dan kecewanya dia bila dia dah percaya pada org lain and kepercayaan itu diragut terus dari dia ...cuba kita faham kalau kita berada ditempat dia..btul x? Skrg ni bukannya kerja kita untuk cari siapa salah siapa betul kita serahkan 100% pada Allah SWT dia sahaja yg tahu apa yg berlaku. so untuk TT teruskan menjadi usahawan yang berjaya dan jangan putus asa anggapla apa yg datang tu sebagai ujian dari DIA kerana hanya DIA sahaja yang tahu apa hikmah disebaliknya.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-4-2011 09:46 AM | Show all posts
takpe kak CT, tukar tajuk saya tak kisah, apapun saya mahu barang tersebut, tak perlu perkenalkan siapa saya dan suami saya, kembalikan barang saya dan pelabur lain. Biarpun barang tu tak laku, agihkan saja. Saya nak beritahu kepada semua, saya tidak pernah diberitahu dan diberi barang tersebut. Semua AJK pakat senyap, kalau simpan dalam stor berlumut ke, apa ke, rabak ke, saya nak tengok barang tu, kalau barang tu diagihkan tentu saya sekali akan dapat. Buktikan barang tu wujud dan buktikan barang tu ada, jika tidak saya anggap barang tersebut telah dijual dan keuntungan tidak dimaklumkan pada para pelabur. Panggil semua pelabur, secara automatik saya juga akan hadir. Berbincang dan tutup terus kes jika benar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.086354s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list