CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 60354|Reply: 0

[Pulau Pinang] Penganggur tak mengaku aibkan polis

[Copy link]
Post time 5-10-2024 06:40 AM | Show all posts |Read mode
Penganggur tak mengaku aibkan polis


Zuhainy Zulkiffli[email protected]







Tertuduh Goh Weng Keong, 25 (baju merah) hadir di Mahkamah Majistret Pulau Pinang hari ini atas pertuduhan memarahi petugas polis trafik dengan kata-kata kesat ekoran rasa tidak puas hati kerana dikenakan tindakan saman di Daerah Timur Laut. FOTO MIKAIL ONG





Georgetown: Penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mengaibkan kehormatan anggota polis dalam kejadian di Jalan Thean Teik, Ayer Itam, pada Rabu lalu.

Tertuduh, Goh Weng Keong, 25, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Hokkien di hadapan Majistret, Nadratun Naim Mohd Saidi.

Mengikut pertuduhan, dia didapati mengaibkan kehormatan Koperal Nik Muhammad Faizal Nik Long, 40, dengan maksud supaya perkataan itu didengar serta mengganggu kesantunan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan perhentian bas Jalan Thean Teik, Ayer Itam dalam daerah Timur Laut jam 6.45 petang pada 2 Oktober lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, M Darrshini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu Darshini menawarkan jaminan sebanyak RM9,000 dan mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tidak mengganggu mana-mana saksi.

Mahkamah menetapkan tarikh 14 November depan bagi sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Semalam, Harian Metro melaporkan lelaki berkenaan ditahan pada jam 10.30 malam, Rabu lalu susulan tular video dirinya mengeluarkan kata kesat terhadap anggota polis.

  Dia dipercayai bertindak demikian kerana berang apabila disaman polis terbabit kerana kesalahan lalu lintas.



Disiarkan pada: Oktober 4, 2024 @ 3:48pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1140835/penganggur-tak-mengaku-aibkan-polis





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.073660 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list