CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14197|Reply: 0

Jijik! Pemilik kedai runcit warga asing simpan, cuci sayur dalam tandas kotor sebelum jual

[Copy link]
Post time 7-10-2024 08:46 AM | Show all posts |Read mode





MELAKA – Perbuatan jijik sebuah kedai runcit milik warga asing menyimpan dan mencuci pelbagai jenis sayur di dalam tandas kotor di Kawasan Perindustrian Tanjung Minyak, dekat sini terbongkar dalam serbuan Op Samar, Rabu minggu lalu.


Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri, Norena Jaafar berkata, operasi yang bermula pukul 10 pagi sehingga 1 petang itu dilakukan bagi menilai tahap pematuhan peniaga di kawasan berkenaan terhadap undang-undang yang dikuatkuasakan KPDN.


“Semasa pemeriksaan dibelakang premis, pasukan telah menemukan barangan yang hendak dijual iaitu sayur-sayuran disimpan terlebih dahulu di dalam tandas disyaki bagi tujuan dicuci sebelum dijual.


“Kita juga dapati semua barangan laksa segera dalam pek yang dijual telah tamat tempoh dan tindakan diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.


Mengulas lanjut beliau berkata, sepanjang operasi itu dilakukan, sebanyak 26 premis telah diperiksa dan 20 kes dihasilkan melibatkan pelbagai akta.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.378222 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list