CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44223|Reply: 145

Range Rover Adalah Dari Syarikat Dan Saya Bekerja Dengan Syarikat Fazura Di Mana Gaji Saya Ditolak Untuk Kereta Itu - Fattah

[Copy link]
Post time 7-10-2024 03:30 PM | Show all posts |Read mode





Fattah Amin, 33, kesal dengan kenyataan bekas isterinya, Nur Fazura, 41, yang mendakwa dia mengabaikan tanggungjawab tidak memberikan nafkah.


Fattah menegaskan, dia mempunyai bukti transaksi wang yang menunjukkan dia menjalankan amanah sebagai suami dan bapa.


"Janganlah main sentimen itu. Saya ada bukti penyata bank mengenai ke mana wang saya dikeluarkan.


"Mungkin dia rasa tak cukup untuk dia, tapi jangan cakap saya tak bagi nafkah kerana sebagaimana yang kita semua tahu nafkah adalah perkara asas dalam perkahwinan mengikut kemampuan," katanya.


Dalam masa sama, Fattah turut menyangkal dakwaan menerima hadiah kereta mewah jenis Range Rover daripada bekas isterinya itu.


"Dia hadiahkan kereta kepada saya? Salah tu. Kereta itu adalah daripada syarikat Fazura kerana saya bekerja di syarikatnya. Semua orang sedia maklum mengenai perkara ini.


"Sebenarnya gaji saya ditolak untuk membayar kereta Range Rover. Janganlah ungkit benda yang tidak sepatutnya," katanya.


Sementara itu, Fattah turut meluahkan rasa kesal apabila anaknya, Nur Fatima Aisya, 4, terpaksa mengharungi ujian perpisahan membabitkan ibu bapanya.


"Saya kesal apabila Fatima terpaksa menerima keadaan seperti ini pada usia empat tahun. Apabila bercerita fasal anak, saya memang sedih.


"Setiap kali kami berjumpa saya nampak dia begitu gembira dengan saya dan mahu saya balik rumah. Dia mahu 'mummy' dan 'daddy' dia.


"Disebabkan hal ini saya terpaksa tipu dia dan beritahu saya keluar rumah sebab urusan kerja. Dia menangis tak nak lepaskan saya sehingga tertidur. Itu yang membuatkan saya lebih kesal kerana terpaksa menipunya," katanya.


Ditanya mengenai hak jagaan anak, Fattah berkata, sepenuhnya di bawah Fazura manakala dia mendapat hak lawatan dan bermalam mengikut perjanjian yang diputuskan bersama.


Terdahulu, Fazura mendakwa Fattah mengabaikan tanggungjawabnya untuk menyediakan nafkah dan Fazura yang menyediakan tempat tinggal, makan dan minum mereka.


Malah, Fazura turut mendakwa dia menghadiahkan kereta Range Rover untuk Fattah.





Sebelum itu, ikatan perkahwinan selama tujuh tahun yang dibina pasangan selebriti popular itu akhirnya terlerai apabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini, hari ini.


Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin melafazkan cerai talak satu pada jam 9.45 pagi di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.


Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4.


Sumber - Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2024 03:39 PM | Show all posts
dah start drama
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Hah sorang kata hadiah sorang kata potong gaji
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 03:42 PM | Show all posts
laaaaa... tak nak susah sama2 ker camna???
takkan ler fattah nih bewoookkk... tengok banyak jer job dia tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 03:43 PM | Show all posts
syarikat tu siapa yg punya
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah stat dah drama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2024 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
so lepas ni keja lg ke tak kat sykt ex bini tu? nanti bayo camne keta tu? tolak gaji ke byr ansuran sendirian berhad? apa2 pun semoga dipermudahkan urusan heols berdua..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahhh pengajarannya
Laki bini jgn satu company
Laki jgn kerja bawah dari bini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2024 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo dah gaji tolak tu bukan hadiah la.itu benak sgt nak paham kaa

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 04:33 PM | Show all posts
alesandra replied at 7-10-2024 04:30 PM
Kalo dah gaji tolak tu bukan hadiah la.itu benak sgt nak paham kaa

dia kan bodoh spm pun xdak
ke pmr?
kesian fattah
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
NazRysha replied at 7-10-2024 04:33 PM
dia kan bodoh spm pun xdak
ke pmr?
kesian fattah


Klau dah tau bodoh tu diam jelaa.ini tambah lagi damage dgn drama airmata ntah hape2 lagi.bodoh tu satu hal..menipu lagi
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
SETIAP 1 STATEMENT DORG NI JADI BENANG??? GILA BETULLL..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 04:41 PM | Show all posts
oh jadinya. ko keje dgn sarikat bini ko. pastu apa ko balas kat dia bagi ko kemewahan?
dasar jantan kayu tak sedar diri
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampaknya dalam forum ni memang ada fan Fazura...dan Fattah pula ada yang nge-fan sebab dia macam "mangsa" sekarang ni.

Tapi pada saya, kenapa nak bangkitkan perkara ni semua sedangkan dah ada MoU dalam mahkamah? Apa yang trigger Fazura sampai emosi luar kawalan?

Adakah ini "ego" atau "true colour"?

Fans Fazura jangan kecam saya ye.. Saya tak side mana-mana pihak...cuma saya sedih kenapa sampai begini jadinya? Adakah desakan wartawan??
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi jela kereta tu Fatah...
Better ko diam je...jgn balas apa2 dah..buat mcm Sol...diam terus
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by naina at 7-10-2024 05:29 PM

Clearly Fattah jawab 1 persatu dakwaan Fazura. Tapi dia xde londehkan aib Fazura kan. Jelas Fazura ikut emosi. Fattah cerita pun straight xde teragak2 walau pun suara dia sedihh. Gini jelah Fattah..anggap lah Faz tu xmatang.. dia memang merajuk. Ko pjuk jela sungguh2 peluk2 shiom2 tarik2 tabur bunga banyk2. Gitu kot dia nak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2024 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 7-10-2024 05:14 PM
Bagi jela kereta tu Fatah...
Better ko diam je...jgn balas apa2 dah..buat mcm Sol...diam terus

Aah bagi je balik. Dia nak apa semua hantar balik. Kita rasa esok2 Faz tu meroyan gila talak. Dah masuk umur 40 an ni jaga2 la.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 05:36 PM | Show all posts
Ya Allah, penatnya kuar masuk segala benang semua topik fat & faz harini
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 05:51 PM | Show all posts
imransulaiman replied at 7-10-2024 05:12 PM
Nampaknya dalam forum ni memang ada fan Fazura...dan Fattah pula ada yang nge-fan sebab dia macam "m ...

trigger dia sebab fattah jatuhkan talak
maybe sampai ke akhirnya
deep down inside faz takmo fattah ceraikan dia
ada kan org pompuan camni, dia mengaruk jer
tapi dia tetap nak dipujuk
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi balik jelah rover tu kat ex minik patah.hang beli keta biasa je dah lah.semua benda bini nak ungkit.masa bagi kemain ikhlas lps tu diungkit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.165383 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list