CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39885|Reply: 7

Pempengaruh (influencer) perlu jadi pembayar cukai, tunjuk contoh kepada masyarakat - LHDN

[Copy link]
Post time 8-10-2024 11:17 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Pempengaruh (influencer) masih perlu menjadi pembayar cukai walaupun tidak menerima bayaran secara berkala seperti individu yang menerima pendapatan tetap setiap bulan.


Ketua Penolong Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Wilayah Putrajaya, Rohaizad Abd Fandi, berkata golongan itu perlu mematuhi undang-undang cukai walaupun mungkin pendapatan mereka tidak dikenakan cukai kerana tidak melebihi nilai ambang.


"Secara amnya, pendapatan pempengaruh ini adalah termasuk dalam ekonomi digital. Mengikut pasaran, marketing influencer di Malaysia, Mikro Influencer ialah mereka yang mempunyai lebih 10,000 pengikut di laman sosial dan dianggarkan memperolehi purata lima kerja mempromosi barangan dan perkhidmatan dalam sebulan.


"Manakala Makro Influencer pula mempunyai lebih 100,000 pengikut dan menjadikan kerjaya itu sebagai kerjaya sepenuh masa dengan membantu jenama dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka di media sosial.


"Dari sinilah golongan influencer memperoleh pendapatan lumayan dan layak dikenakan cukai," katanya ketika menjadi tetamu program Klinik Cukai dengan tajuk 'Influencer, Pengaruh Hebat Cukai' di Bernama Radio di sini hari ini.


Mengikut Rohaizad lagi, pempengaruh juga boleh dikenakan cukai di bawah kategori pembayar cukai individu berpendapatan perniagaan kerana menerima keuntungan daripada menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion termasuk perniagaan yang tidak berdaftar dengan mana-mana pihak berkuasa.


Beliau berkata untuk kategori pembayar cukai ini, pempengaruh perlu mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) menggunakan borang B melalui perkhidmatan e-Filing yang boleh diakses di portal MyTax bagi melaporkan pendapatan mereka.


"Mereka perlu menghantar borang berkenaan sebelum 30 Jun setiap tahun dan jika layak dikenakan cukai, mereka perlu membayar cukai sebelum 30 Jun pada tahun itu. Segala dokumen dan rekod perniagaan juga perlu disimpan selama tujuh tahun sama ada secara elektronik atau manual.


"Antara dokumen yang perlu disimpan termasuk perbelanjaan domestik dan persendirian; penyata bank; penyata pendapatan daripada syarikat pengiklanan; invois dan pengesahan transaksi jualan serta belian selain dokumen perjanjian antara influencer dan syarikat yang mengupah mereka bagi tujuan ulasan produk atau perkhidmatan," katanya.


Rohaizad berkata kegagalan menyimpan rekod percukaian akan mengakibatkan risiko tuntutan belanja atau pelepasan cukai tidak dibenarkan dan boleh didakwa dengan denda tidak melebihi RM10,000 serta penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya.


Beliau seterusnya berkata pempengaruh tidak perlu risau untuk melaporkan pendapatan kepada LHDN kerana pendapatan bercukai mereka boleh dikurangkan dengan pelepasan cukai yang dituntut berdasarkan jumlah pendapatan seperti tuntutan sewa untuk tujuan kerja dan sebagainya.


"Kepatuhan terhadap undang-undang cukai bukan hanya tanggungjawab individu, tetapi juga sumbangan kepada pembangunan negara. Influencer, sebagai suara masyarakat, harus mengambil peranan aktif dalam memberi contoh yang baik kepada masyarakat dalam hal percukaian," katanya.


Beliau berkata LHDN akan menganjurkan Seminar Percukaian Kebangsaan pada 23 serta 29 Oktober ini dan orang ramai yang ingin turut serta boleh mendaftar di seminar.hasil.gov.my.


Sumber – BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2024 09:18 AM | Show all posts
influenzer ni patut dah tau dorang sentiasa diperhatikan, bayo la cukai. seram tgk cikgu fadhli tu kena denda + cukai lebih 1juta, lepas rayuan kena 700k, kena settlekan dlm masa 3 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Declare je la.
Xsemestinye kne bayo.
Kalo kne bayo bukan byk mane pon siap dapt refund.
Ini spesis hat yg sunat dlm agama dok pulun buat tp xmo declare income.
Choi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat kat sorang cikgu yg jd pempengaruh gak
Apa2 yg dia post selalu acik2 share dah repost
Tp dia pun ada tunggakkan cukai gara2 tak declare.
Mujur dia akui kesalahan dia tu, sepatutnya bila pilih jd pempengaruh ni tunjukla cth yg baik sbb semua org kan taasub ngn korang. Apa je korang kata betul belaka bg taksuber.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 11:48 AM | Show all posts
sharing is caring
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 11:50 AM | Show all posts
affiliate tiktok juga
income sebulan smpai 90k

tak adil la utk org yg keja income 4-5k sebulan tp tehtappp kena cukaii uols
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2024 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Influencer yg juai produk pakai cash tanpa resit sbb ni ka?

Anyways yg amik produk endorsement, bayaran mmg 6 digit ka?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Jaga2 la influenzahhhhh lhdn memerhati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.507513 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list