View: 18929|Reply: 3
|
[Tempatan]
Polis buru lelaki buat aksi lucah dalam kedai
[Copy link]
|
|
Polis buru lelaki buat aksi lucah dalam kedai
https://www.bharian.com.my/berit ... i-lucah-dalam-kedai
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi - Oktober 9, 2024 @ 10:26am
[email protected]

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan lelaki terbabit masuk ke kedai berkenaan. - Foto PDRM
SUNGAI BULOH: Polis mengesan seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh di sebuah kedai di Subang Bestari, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu pada 1.24 tengah hari daripada remaja perempuan berusia 18 tahun.
Menurutnya, semasa remaja terbabit bersama rakannya berada di kedai itu, suspek masuk dan duduk di meja berhadapan dengan mereka.
Katanya, suspek bertindak membuka zip seluar dan membuat aksi lucah di hadapan remaja itu dan rakannya.
"Akibat daripada kejadian itu, remaja itu dan rakannya keluar dari premis terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu tindakan mengeluarkan perkataan atau isyarat yang bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini boleh hadir di mana-mana balai polis yang berdekatan atau boleh menghubungi penolong pegawai penyiasat, Sarjan Darul Salam Mohamed di talian 013- 4519575 bagi membantu siasatan," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bagus tindakan perempuan tersebut membuat laporan polis kerana aksi lucah lelaki2 tesebut
pihak lelaki should do the same sekiranya ada wanita2 yg tunjuk cleavage, berpakaian seksi, etc...buat aje laporan polis kerana ia merupakan aksi lucah juga |
|
|
|
|
|
|
|
dia melancap ka?
jadi lucah kalau dia berjaya merangsang
|
|
|
|
|
|
|
|
Apalagi keluarkan gunting potong ayam kerat sampai putus |
|
|
|
|
|
|
| |
|