CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31338|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kaotim lancar pelan perlindungan kenderaan persendirian, motosikal

[Copy link]
Post time 11-10-2024 02:19 AM | Show all posts |Read mode
Kaotim lancar pelan perlindungan kenderaan persendirian, motosikal

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Oktober 10, 2024 @ 8:17pm [email protected]





(Dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Malaysia Am, Mohamed Sabri Ramli, Pengerusi Kumpulan Takaful Malaysia, Datuk Mohammed Hussien, Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal dan Pengerusi Takaful Malaysia Am (Bahagian Takaful Am Takaful Malaysia), Ismail Mahbob pada majlis Pelancaran Kaotim Car dan Kaotim Motor di sebuah hotel di Pulau Pinang. - Foto NSTP/MIKAIL ONG





GEORGETOWN: Jenama digital dan platform diuruskan Takaful Malaysia, Kaotim melancarkan Kaotim Car dan Kaotim Motor iaitu pelan perlindungan dalam talian terbaharu serta komprehensif, khusus untuk kenderaan persendirian dan motosikal di negara ini.

Produk baharu ditawarkan pada harga berpatutan itu bertujuan memudahkan pemilik kenderaan mengakses pelan perlindungan secara pantas, sekali gus memilih serta menyesuaikan faedah tambahan yang diperlukan mengikut bajet masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal, berkata pelancaran Koatim Car dan Kaotim Motor sebahagian langkah strategik dalam usaha mengukuhkan kedudukan syarikat itu dalam bidang insurans dan takaful motor yang menunjukkan pertumbuhan positif.

Katanya, strategi itu selaras peningkatan permintaan dan jualan kenderaan dalam pasaran dan pihaknya berhasrat memperluaskan langkah dengan menawarkan pelbagai pelan perlindungan dalam talian untuk memenuhi keperluan pelanggan.

"Produk baharu ini menyediakan perlindungan komprehensif mampu milik dan mudah diakses bagi membolehkan pelanggan mendapatkan sebut harga dan perlindungan bersesuaian.

"Justeru, kami teruja memperkenalkan Kaotim Car dan Kaotim Motor di bawah jenama Kaotim," katanya pada Majlis Pelancaran Kaotim Car dan Kaotim Motor di sebuah hotel di Batu Ferringhi, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Kumpulan Takaful Malaysia, Datuk Mohammed Hussein, Pengerusi Takaful Malaysia Am, Ismail Mahbob, Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Malaysia Am, Mohamed Sabri Ramli.

Nor Azman berkata, Kaotim Car adalah perlindungan secara menyeluruh bagi kenderaan persendirian terhadap pelbagai risiko, termasuk kerosakan akibat kemalangan, kebakaran, kecurian, liabiliti kepada pihak ketiga selain kerosakan harta benda.

Katanya, pelan itu turut menawarkan bantuan di bahu jalan dalam tempoh 24 jam serta perkhidmatan menunda kenderaan berdepan masalah kerosakan tanpa had secara percuma.

Kaotim Car turut menyediakan perlindungan kemalangan peribadi untuk pemandu dan penumpang dengan terdapat 11 faedah tambahan fleksibel, termasuk Motor PA Plus yang menawarkan perlindungan tambahan terhadap kematian atau keilatan kekal akibat kemalangan jalan raya.

Pelan Kaotim Motor pula menawarkan perlindungan motosikal komprehensif terhadap kerosakan akibat kemalangan, kebakaran, kecurian serta liabiliti kepada pihak ketiga untuk kematian, kecederaan badan dan kerugian atau kerosakan harta benda.

Nor Azman berkata, pihaknya menyasarkan nilai sumbangan jualan bagi segmen Kaotim Motor sebanyak RM10 juta dalam tempoh berbaki kira-kira tiga bulan tahun ini.

"Tujuan utama kami bukan semata-mata untuk bersaing kerana kami sedar pengguna mencari produk mampu milik, jadi pada akhirnya apa yang penting pelanggan selesa dengan perkhidmatan yang mampu mereka bayar selain memudahkan urusan pembelian.

"Justeru, elemen itu menjadi asas pemikiran kami ketika memperkenalkan Kaotim bagi menambah atau menyediakan lebih banyak pilihan kepada pengguna," katanya.

Beliau berkata, sempena ulang tahun ke-40 Takaful Malaysia, syarikat itu akan terus kekal kukuh dan berdaya saing dalam industri berkenaan, di samping memastikan keseimbangan portfolio antara perniagaan motor dan bukan motor.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1309233/kaotim-lancar-pelan-perlindungan-kenderaan-persendirian-motosikal





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.051114 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list