CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31293|Reply: 0

[Perlis] 3 penuntut UiTM Dungun maut: KPT salur RM10,000 setiap keluarga, waris

[Copy link]
Post time 11-10-2024 02:33 AM | Show all posts |Read mode
3 penuntut UiTM Dungun maut: KPT salur RM10,000 setiap keluarga, waris

Aizat Sharif[email protected]





MUSTAPHA bermesra dengan sebahagian mahasiswa pada Program Sesi ‘Talk To Us’ Bersama Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi di Dewan Ilmu, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Kampus Alam, Pauh Putra. FOTO Luqman Hakim Zubir





Arau: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menyalurkan sumbangan wang sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga dan waris penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Terengganu di Dungun yang maut selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di hadapan kampus mereka di Kampung Sura Hujung, Dungun.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, wang berkenaan adalah bantuan tabung kecemasan KPT sebagai bantuan kepada keluarga mangsa.

"Kita (KPT) sudah menyalurkan bantuan sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa dan KPT bersama universiti menguruskan jenazah yang dihantar ke kampung masing-masing untuk urusan pengebumian.

"Dalam masa yang sama, kita akan melihat keperluan lain yang perlu dibantu terhadap keluarga mangsa termasuklah dari segi kebajikan serta bantuan kaunseling," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sesi 'Talk To Us' Bersama Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi di Dewan Ilmu, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Kampus Alam, Pauh Putra, di sini hari ini.

Katanya, pihaknya turut melahirkan dukacita di atas kehilangan penuntut berkenaan dan mahu semua universiti memberi kesedaran mengenai aspek keselamatan penuntut mereka.

"Dalam hal ini, kita ingin meminta bukan sahaja UiTM tetapi universiti awam dan swasta lain untuk sentiasa memastikan penuntut mereka diberikan kesedaran dalam menjaga keselamatan.

"Memanglah malang tidak berbau, namun kita akan mempertingkatkan lagi kesedaran kepada penuntut dalam aspek menjaga keselamatan sama ada di dalam atau di luar kampus mungkin menerusi taklimat keselamatan sebelum bermulanya kuliah atau sesuatu program," katanya.

Terdahulu, Mustapha menjadi moderator dalam sesi berkenaan yang bertujuan memberi inspirasi dan motivasi kepada penuntut baharu selain menjadi platform kepada penuntut untuk berinteraksi secara langsung dengan beliau.



Disiarkan pada: Oktober 10, 2024 @ 3:59pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1142939/3-penuntut-uitm-dungun-maut-kpt-salur-rm10000-setiap-keluarga-waris




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 06:40 PM GMT+8 , Processed in 1.283233 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list