View: 5989|Reply: 0
|
[Tempatan]
Bukan abang sado:Netizen kata 2-3 kali repeat sebab tak pernah jumpa burger sesedap ni order dalam grabfood rupanya Penjual Burger Masak Tak Pakai Baju
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 12-10-2024 12:23 AM
Penjual burger raih perhatian ramai, tak amalkan pemakaian sepatutnya
Baru-baru ini, seorang penjual burger telah menjadi perhatian ramai kerana tidak mengamalkan kebersihan yang sepatutnya sewaktu berniaga.
Menerusi gambar yang tular di X, kelihatan penjual membuka gerai burger di tepi sebuah kedai serbaneka.
Tak pakai baju ketika memasak
Apa yang menjadi perhatian ramai adalah peniaga itu dilihat tidak memakai baju sewaktu sedang memasak.
Dia dilihat hanya memakai seluar dan sarung tangan sewaktu menyediakan burger berkenaan.
Ada dakwa kedai burger di Bukit Jelutong
Perkara itu secara tidak langsung telah menarik perhatian, malah turut dilihat ramai yang menyindir tindakan peniaga tersebut kerana tidak mengamalkan pemakaian yang sepatutnya ketika memasak.
Ada yang mendakwa kedai burger berkenaan terletak di Bukit Jelutong, Selangor. Kecewa dengan perkara berkenaan, beberapa pengguna X meminta pihak berwajib seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyerbu gerai burger terbabit.
Bukan hanya itu, ada yang menyifatkan burger yang dijual peniaga itu sedap namun tidak pernah mengetahui makanan tersebut disediakan sebegitu rupa.
Terdapat juga pengguna mendakwa, peniaga tersebut telah berniaga burger di kawasan tersebut dalam tempoh yang lama iaitu sejak enam hingga tujuh tahun. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|