CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13120|Reply: 0

[Kedah] Kampung Besar dilanda banjir akibat air pasang besar, 100 terjejas

[Copy link]
Post time 17-10-2024 09:45 AM | Show all posts |Read mode
Kampung Besar dilanda banjir akibat air pasang besar, 100 terjejas

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




ANGGOTA APM melakukan pemantauan di kediaman rumah penduduk di Kampung Besar, Mukim Bagan Samak, FOTO Ihsan APM.





Bandar Baharu: Seramai 100 mangsa daripada 25 keluarga di Kampung Besar, Mukim Bagan Samak di sini terjejas selepas kediaman mereka dinaiki air berikutan air pasang besar yang melanda, awal pagi hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan banjir pada jam 4.35 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari APM Bandar Baharu kemudian melakukan pemantauan awal banjir dan mendapati 25 rumah kediaman di situ dimasuki air.

"Faktor kejadian banjir adalah disebabkan air pasang besar di sungai utama iaitu sungai Kerian yang berhampiran kawasan penduduk berkenaan.

"Bagaimanapun setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di kawasan itu berikutan trend air semakin menurun," katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Rahim berkata, pemantauan akan dilakukan dari masa ke semasa dan keadaan cuaca kini cerah.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan berisiko rendah supaya sentiasa berwaspada sekiranya air pasang berlaku dan berpindah jika diarahkan berbuat demikian.



Disiarkan pada: Oktober 17, 2024 @ 8:05am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1145160/kampung-besar-dilanda-banjir-akibat-air-pasang-besar-100-terjejas




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.257981 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list