CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9614|Reply: 1

[Kedah] Kedai nasi kandar jual telur masin berulat diarah tutup

[Copy link]
Post time 17-10-2024 01:40 PM | Show all posts |Read mode
Kedai nasi kandar jual telur masin berulat diarah tutup

Noorazura Abdul Rahman[email protected]




VIDEO tular di sosial media.





Alor Setar: Sebuah premis makanan di Sungai Petani yang tular kerana menjual telur masin mengandungi ulat baru-baru ini diarahkan ditutup sementara.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah Dr Ismuni Bohari berkata, arahan itu dikeluarkan selepas menjalankan siasatan lanjut susulan aduan diterima menerusi Facebook Penduduk Sungai Petani pada Selasa lalu.

Menurutnya, aduan itu berkaitan isu penemuan ulat di dalam telur masin oleh seorang pelanggan di premis makanan berkenaan.

"Verifikasi aduan juga dilakukan dengan pengadu berkenaan bagi mengesahkan kejadian yang tular di media sosial.

"JKN Kedah melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda menjalankan siasatan lanjut semalam.

"Hasil pemeriksaan mendapati premis terbabit gagal mematuhi keperluan kebersihan premis makanan mengikut Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 Akta Makanan 1983," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Ismuni berkata, tindakan penguatkuasaan sudah diambil terhadap premis terbabit dengan mengeluarkan satu notis kompaun di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 bersama Perintah Penutupan Premis di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

"Pemeriksaan semula premis akan dijalankan selepas pemilik premis dapat mematuhi semua arahan pembersihan dan tindakan pembetulan yang diarahkan oleh PKD Kuala Muda.

"Pihak JKN Kedah akan terus memantau dan akan sentiasa memastikan premis makanan mematuhi Peraturan-peraturan Makanan di bawah Akta Makanan 1983 bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang," katanya.

Media melaporkan sebuah premis nasi kandar tular susulan rakaman video dimuat naik pelanggan yang mendakwa menemui ulat dalam telur masin.

Video itu dimuat naik di Facebook oleh pelanggan wanita yang mengunjungi premis berkenaan bersama rakannya.



Disiarkan pada: Oktober 17, 2024 @ 1:33pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1145280/kedai-nasi-kandar-jual-telur-masin-berulat-diarah-tutup




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2024 02:16 PM | Show all posts

Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Muda memeriksa premis di Sungai Petani yang menjual telur yang mengandungi ulat. - Foto Ihsan Pejabat Kesihatan Kuala Muda
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.034750 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list