CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14205|Reply: 0

[Kedah] 21 pengikut Syiah ditahan di Pendang

[Copy link]
Post time 18-10-2024 10:09 AM | Show all posts |Read mode
21 pengikut Syiah ditahan di Pendang

Noorazura Abdul Rahman[email protected]




Pegawai JHEAIK ketika melakukan serbuan di sebuah rumah di Kampung Alor Berala, Mukim Tobiar, Pendang Selasa lalu selepas disyaki pengikut Syiah berkumpul bagi bagi memperingati Maulid Imam Syiah Ke-11, Imam Hasan Al-Askari. FOTO Ihsan JHEAIK





Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) menahan 21 individu yang dipercayai mengikuti ajaran dan fahaman Syiah di sebuah rumah di Kampung Alor Berala, Mukim Tobiar, Pendang, Selasa lalu.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama negeri Kedah, Syeikh Zainul Mukhtar Abdullah Sirajuddin berkata, serbuan 9.50 malam itu selepas JHEAIK menerima maklumat terdapat pengikut ajaran Syiah akan berkumpul bagi memperingati Maulid Imam Syiah Ke-11, Imam Hasan Al-Askari bertempat di rumah Abdullah Hassan yang didakwa sebagai ketua Syiah di Kedah.

Katanya, dalam 0perasi Khas Syiah oleh Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) JHEAIK bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu, mereka turut merampas kitab-kitab dan barangan yang dikaitkan dengan ajaran berkenaan.

"Kesemua 21 individu yang ditahan di rumah berkenaan terdiri daripada enam lelaki, sembilan wanita dan enam kanak-kanak, berusia antara tiga hingga 77 tahun.

"Mereka kemudian dibawa ke Pejabat Agama Daerah Pendang untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zainul Mukhtar berkata, penahanan individu terbabit seiring dengan ajaran dan fahaman Syiah yang diwartakan pada 15 Jun 2014 sebagai bercanggah dan menyeleweng dari ajaran pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi teras pegangan masyarakat Islam khususnya di negeri Kedah.

Katanya, kesemua yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 9 dan 12 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 kerana menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama serta penerbitan agama yang bertentangan dengan hukum syarak.



Disiarkan pada: Oktober 18, 2024 @ 9:47am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1145571/21-pengikut-syiah-ditahan-di-pendang




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.045277 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list