CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 62118|Reply: 0

[Perlis] Pelaburan penting untuk hari tua, pendidikan anak - Raja Muda Perlis

[Copy link]
Post time 20-10-2024 12:28 AM | Show all posts |Read mode
Pelaburan penting untuk hari tua, pendidikan anak - Raja Muda Perlis

Oleh BERNAMA - Oktober 19, 2024 @ 10:24pm



Raja Muda Perlis (dua dari kiri) ditemani Raja Puan Muda Perlis (tengah) berkenan merasmikan Karnival Saham Perlis bersama Bursa Malaysia 2024 di UniMAP hari ini.




ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah pelaburan bukan sahaja penting bagi persiapan hari tua, tetapi juga untuk pendidikan anak-anak.

"Pelaburan dimulakan sejak anak-anak masih kecil memberikan peluang mereka melanjutkan pengajian tanpa beban kewangan serta mengurangkan kadar kebergantungan terhadap pinjaman pendidikan pada masa akan datang," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian semasa berkenan merasmikan Karnival Saham Perlis bersama Bursa Malaysia 2024 bertemakan 'Labur Hari Ini Untuk Masa Hadapan Yang Mampan' di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis yang juga Pro-Canselor UniMAP, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama, Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Zaliman Sauli.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Canselor UniMAP bertitah kesedaran pelaburan dalam kalangan masyarakat, khususnya rakyat di Perlis mestilah ditingkatkan supaya pelabur berasa realistik untuk menyokong agenda pelaburan rakyat.

"Para pelabur juga digalakkan untuk mula melabur pada usia yang muda. Lebih awal kita mula melabur, lebih banyak faedah yang kita peroleh," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah penganjuran Karnival Saham Perlis itu untuk memberikan kefahaman serta kesedaran tentang pelaburan dan pengurusan kewangan kepada komuniti, khususnya di kawasan utara Malaysia.

"Rata-rata dalam kalangan kita mempunyai kecenderungan untuk melabur bagi mengembangkan kekayaan, merancang persediaan persaraan malah menjadikan diri kita seseorang yang bebas hutang.

"Cara lain termasuk menyimpan bagi matlamat jangka panjang ialah melabur dan meredakan tekanan inflasi," titah baginda.

Karnival sehari itu ialah program pendidikan pelaburan Bursa Malaysia yang kali pertama diadakan di Perlis, anjuran bersama Bursa Malaysia dengan UniMAP.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1313372/pelaburan-penting-untuk-hari-tua-pendidikan-anak-raja-muda-perlis





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.067147 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list