CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15464|Reply: 0

[Pulau Pinang] PIC rujuk pakar, kenal pasti punca selut di Pantai Esen

[Copy link]
Post time 21-10-2024 04:23 PM | Show all posts |Read mode
PIC rujuk pakar, kenal pasti punca selut di Pantai Esen

Zuhainy Zulkiffli[email protected]




GAMBAR pandangan udara tapak penambakan projek Pulau Silikon, di sini, yang mana langsir kelodak dipasang berfungsi dengan baik. FOTO Ihsna Pic





Georgetown: Penang Infrastructure Corporation Sdn Bhd (PIC) akan merujuk pakar bagi mengenal pasti punca selut dan air berkeladak di Pantai Esen, Permatang Damar Laut di sini.

Ia susulan laporan akhbar mengenai pantai 'permata tersembunyi' negeri kini dicemari masalah lumpur selut dan berkeladak sejak lebih dua bulan lalu dipercayai berpunca daripada kerja projek Pulau Silicon.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Farizan Darus berkata, tindakan susulan diambil berdasarkan pandangan dan cadangan pakar berkenaan bagi mengatasi masalah itu.

"PIC yang juga Syarikat Tujuan Khas ditubuhkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi memantau perkembangan projek pulau buatan itu, kekal komited dalam memastikan semua kerja penambakan dijalankan mengikut garis panduan ketat demi kesejahteraan alam sekitar dan komuniti setempat," katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan mengenai keadaan terkini Pantai Esen yang bertukar warna kehitaman dan berbau busuk.

Ia turut memberi kesan kepada pengusaha sukan air selain pengunjung juga tidak dapat mandi manda berikutan keadaan itu.

Mengulas lanjut Farizan berkata, PIC bersama pemaju Silicon Island Development Sdn Bhd (SIDSB) turut sama dalam pelbagai sesi libat urus yang dijalankan agensi seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang termasuk Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Pinang Selatan (PNKPPS) sejak 8 Ogos lalu.

Hasil siasatan pada bulan yang sama mendapati pelaksanaan projek Pulau Silikon itu adalah selari dan mengikut syarat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) termasuk pemasangan langkah mitigasi yang dicadangkan.

"Sesi libat urus yang diadakan pegawai informasi PPSN bersama beberapa nelayan setempat juga mendapati fenomena semula jadi seperti air pasang besar dan angin monsun akan menyebabkan gangguan pada kawasan dasar laut berlumpur.

"Keadaan semula jadi kawasan pesisiran pantai Pulau Pinang Selatan adalah kawasan dataran lumpur dan ia turut disahkan semasa penyediaan laporan EIA.

"Tambahan pula, tiada aktiviti pengorekan yang dijalankan di kawasan sekitarnya yang boleh menyumbang kepada kejadian selut itu," katanya.

Menurut Farizan, pemantauan garis pantai dijalankan secara berkala sejak Jun 2023 dan diteruskan setiap tiga bulan termasuk pada Mac, Jun dan Oktober tahun ini.

Laporan sudah dikemukakan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan analisis mendapati tiada perubahan ketara pada dasar laut selepas perbandingan dibuat antara tinjauan awal dan pemantauan seterusnya.

"Kajian penyiasatan tanah di pesisir laut antara tahun 2014 hingga 2016 juga menunjukkan keputusan yang konsisten iaitu terdapat lapisan tanah liat lembut yang tebal di bawah dasar laut.

"Pemantauan kualiti air dijalankan secara berkala oleh pihak kontraktor khususnya bagi parameter Jumlah Pepejal Terampai (TSS) dan Kekeruhan (NTU) untuk memastikan keberkesanan tirai kelodak yang dipasang.

"Pemantauan dan penyelenggaraan secara berkala terhadap komponen Amalan Pengurusan Terbaik (BMPs) seperti tirai kelodak dan tilam pasir (sand mattress) adalah bagi memastikan ia berfungsi dengan baik sepanjang pelaksanaan projek," katanya.

Farizan berkata, laporan pemeriksaan BMPs turut dijalankan setiap hari oleh kontraktor bagi memastikan tirai kelodak dipasang dan berfungsi dengan baik sementara kerja penyelenggaraannya dilakukan secara mingguan.

Katanya, semua kapal pengangkut pasir dilengkapi dengan Sistem Pengurusan Pengorekan dan Pelupusan (DDMS) bagi memastikan tiada pelepasan bahan angkut atau pengambilan pasir dari kawasan yang tidak dibenarkan.

"PIC juga mengarahkan pegawai PPSN supaya meneruskan pemantauan keadaan selut di kawasan berkaitan secara teliti sementara kami rujuk kepada pakar termasuk EIA yang sudah membuat kajian tambakan bagi mendapatkan pandangan dan memahami punca fenomena ini," katanya.

Sementara itu Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Norazizi Adinan berkata, isu berkenaan sudah diambil maklum oleh pihak kerajaan negeri dan sedang dalam tindakan JAS.

"Saya akan maklumkan tindakan yang sudah JAS lakukan sebagai sebahagian daripada tindakan bagi mengurangkan punca masalah ini.

"Kajian lebih mendalam masih diperlukan kerana terdapat aliran discaj ke teluk dan kawasan laut dari kawasan Bayan Lepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), kampung berdekatan dan sekitarnya," katanya ketika dihubungi, di sini.



Disiarkan pada: Oktober 21, 2024 @ 3:57pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1146881/pic-rujuk-pakar-kenal-pasti-punca-selut-di-pantai-esen




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.034313 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list