CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31397|Reply: 5

Suami disiram air panas selepas ‘kantoi’ kahwin janda

[Copy link]
Post time 21-10-2024 11:26 PM | Show all posts |Read mode





JAKARTA – Seorang wanita di Bangka Tengah, wilayah Bangka Belitung nekad menyiram air panas ke atas suaminya kerana berang selepas mendapat tahu lelaki itu berkahwin lain tanpa pengetahuannya, lapor laman berita Sripoku hari ini.


Akibat insiden itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai EF, meninggal dunia kerana melecur teruk.


Menurut anak mangsa dan suspek yang dikenali sebagai RI, ibunya bertindak demikian selepas mendapat tahu bahawa bapanya curang dan mempunyai isteri lain.


“Bapa saya curang dengan seorang janda bernama RA.


“Pada malam sebelum kejadian, ibu mendapat tahu bahawa dia keluar berjalan-jalan dengan wanita tersebut,” kata RI.


Tambah RI, setelah mendapat tahu hal itu, ibunya menemui RA di rumah wanita tersebut dan meminta agar dia menjauhkan diri daripada mangsa.


“RA bagaimanapun berkata bahawa dia enggan melepaskan bapa saya. Dia malah mendakwa bahawa mereka sudah bernikah dan sedang hamil,” ujar RI.


Disebabkan marah, suspek menyiram air panas terhadap EF yang sedang tidur di rumah mereka.


Sementara itu, Ketua Polis Bangka Tengah, Asisten Komisioner Besar Polis Pradana Aditya Nugraha berkata, pihaknya masih menyiasat kes tersebut dan akan memanggil semua pihak yang terlibat untuk memberi keterangan. – AGENSI


Sumber – KOSMO! ONLINE.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib ko la kang...sape suh ko kawen senyap2...kan dh kantoi...
pensil 2b pn nk tamak...xnk share...sudahnya dua2 jd janda...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 07:41 AM | Show all posts
bila menyentuh bab curang, isteri lebih kejam....
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 08:46 AM | Show all posts
kalau tengok gambo rumah, lelaki tu misekin, mampu ke poligami? ke mampu atas napsu kuda je..

teringat post kat tiktok bila wife mengeluh penat kena kemas rumah.

wife: capek banget kemasin rumahnya mas.
husband : mau tambah wife enggak? bisa bantu2 kemasin, dek..
wife: tapi kita miskin mas, lebih baik tambah suami aja, biar bantu2 nyari uwang..
husband: iya dek, mas bantu kemasin rumah aja ya..

hahahaa.. xsedar diri miskin, bab ,memambah bini, laju je..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 08:50 AM | Show all posts
pokokmeranti replied at 22-10-2024 07:41 AM
bila menyentuh bab curang, isteri lebih kejam....

sebab tue jgn cuba2 nak mencurang bro.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 09:03 AM | Show all posts
imanamsyar replied at 22-10-2024 08:46 AM
kalau tengok gambo rumah, lelaki tu misekin, mampu ke poligami? ke mampu atas napsu kuda je..

terin ...


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.048305 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list