View: 32053|Reply: 15
|
Amir Masdi kini Duta PDRM FC
[Copy link]
|
|
PENYANYI popular, Amir Masdi, 28, pernah menyimpan impian untuk menjadi pemain bola sepak profesional sejak di sekolah rendah.
Justeru, apabila ditawarkan menjadi duta pasukan PDRM FC, Amir tidak ragu-ragu untuk menerima dan bekerjasama dengan kelab bola sepak yang bersaing di Liga Super itu.
"Sebenarnya, saya pun tak sangka terpilih sebagai duta PDRM ini kerana ramai juga selebriti lain yang terbabit dalam sukan bola sepak di negara ini.
"Namun, saya tak mahu lepaskan peluang keemasan ini kerana saya juga memang ada bermain bola sepak bersama rakan-rakan artis seperti Tomok," katanya yang bermain di posisi penyerang.
Amir ditemui di sidang media kerjasama Suria FM X PDRM FC yang berlangsung di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Hadir sama, Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin dan Ketua Pegawai Eksekutif RedOne Network Sdn Bhd merangkap Ahli Lembaga Pengarah PDRM FC, Farid Yunus.
Turut hadir, dua pempengaruh terkenal TikTok, CEO Batu dan CEO Bieziy.
Amir berkata, pihaknya juga ada perancangan untuk bekerjasama menghasilkan lagu untuk PDRM tetapi belum ada konsep yang diputuskan lagi.
"Mungkin saya boleh sumbangkan lagu khas atau muzik video khusus untuk PDRM nanti," katanya.
Sementara itu, DJ Lin berkata, sebagai rakan radio rasmi kepada PDRM, Suria FM berbesar hati untuk memberikan sokongan penuh dalam mempromosikan semua sesi latihan dan perlawanan pasukan PDRM yang akan datang.
"Kerjasama ini mencerminkan komitmen Suria FM dalam memastikan penyokong PDRM mendapat liputan terkini mengenai perkembangan pasukan kegemaran mereka," katanya.
Pada masa sama, Farid berkata, kerjasama antara PDRM, Suria FM dan duta rasmi PDRM FC ini adalah satu langkah strategik yang bertujuan untuk meletakkan PDRM di landasan yang kukuh untuk jangka masa panjang.
Sumber – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Iols sbrnnya takleh recall satu pun lagu dia, tau satu dua je kot tp iols nak ckp dia ni cute laaa nampak baik jeee semoga terus mewangi ye dikkk
Semoga kawin nnt cari ponpuan semonggah sikit buat binik gituhh awal nasihat tak kalutttt
|
|
|
|
|
|
|
|
bola sepak masa duit banyak bazir dekat benda2 merapu... player gaji kepuk2... ujong2 lawan dgn iraq pun kalah... |
|
|
|
|
|
|
|
SR4tahun replied at 22-10-2024 01:38 AM
Iols sbrnnya takleh recall satu pun lagu dia, tau satu dua je kot tp iols nak ckp dia ni cute laaa n ...
Sama la lagu dia mcm tak mesra kat telinga.. ke aku je yg taktau. Tapi tak dinafikan suara dia sedap & performance dia best.
Btw jadi duta kelab bola ni mcm mana fungsi dia |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupon xberapa nak glemer tapi amir mmg berbakat yach! Suara shedap giler...ini baru layak masuk industri, berdiri atas bakat sendiri walaupon mmg ada rupa ensem |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni kan...dah lah tak fotogenik, rambut lagi macam tu. Tambah hudoh. |
|
|
|
|
|
|
|
Jom sokong album terbaru Amir Masdi, antara penyanyi lelaki yg boleh nyanyi dgn baik
|
|
|
|
|
|
|
|
Hai..Saja komen nk benamkan thread najis |
|
|
|
|
|
|
|
Mendonia jugak dia tahun ni .. banyak ost filem dia nyanyi. Bnyk show. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian jugak tak byk komen. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah amir, lps ni blh asah lg skill bersama pro player..selama ni nmpk ada bakat main bola tu |
|
|
|
|
|
|
|
SR4tahun replied at 22-10-2024 01:38 AM
Iols sbrnnya takleh recall satu pun lagu dia, tau satu dua je kot tp iols nak ckp dia ni cute laaa n ...
Lagu dia asmara antara yg plg byk jd ost drama..
Blh dikatakan semua single dia pnh jd lagu sisipan drama |
|
|
|
|
|
|
|
lagu duet amir dgn dayang tajuk debu yg smpi final AJL, almost nk menang juara dah tu
lagu tu yg iols plg suka
btw psl lagu utk pdrm fc tu
buat lagu ala2 anthem gemuruh ft tu
terus evergreen utk pelbagai event sukan & patriotik
sungguh pun aslnya utk lagu tema pertandingan nyanyi2 je
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagunya "Madani Jiwa Merdeka" hanya sesuai diperdengarkan masa musim Hari Raya Puasa/Haji, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas tapi tidak pada Hari Merdeka dan Hari Malaysia..
|
|
|
|
|
|
|
|
anak buah iolls nama amir..iolls panggil dia amir masdi..pastu akk iolls ckp...who???
hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
sangbara2020 replied at 23-10-2024 10:47 AM
anak buah iolls nama amir..iolls panggil dia amir masdi..pastu akk iolls ckp...who???
hahaha
Yg ni ouch jugak ye.. tp yela, iols tahun 2020 dulu pun blom kenal heols lg sbb tak tgk af batch dia tu. So mcm, sape dia ni, pemes ke.. skrg of kos la kenal, pakej suka lagi.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|