CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32076|Reply: 0

Peruntukan Belanjawan 2025 sebanyak RM675 juta perkukuh keupayaan APMM

[Copy link]
Post time 23-10-2024 10:59 PM | Show all posts |Read mode





Kuala Lumpur: Peruntukan Belanjawan 2025 kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan memperkukuh keupayaan agensi itu bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab menjaga keselamatan perairan negara.


Ketua Pengarahnya, Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, kerajaan memperuntukkan RM675 juta kepada pihaknya bagi penyelenggaraan kapal sedia ada.


Katanya, jumlah itu turut merangkumi perolehan kapal baharu bagi memperkukuhkan kesiagaan agensi terbabit menjaga Zon Maritim Malaysia.


"ecahan peruntukan diterima meliputi RM150 juta untuk penyelenggaraan enam kapal sedia ada di bawah Ship Life Extension Programme (SLEP) fasa dua bagi memastikan jangka hayat operasi kapal berkenaan dapat dioptimumkan.


"Sebanyak RM350 juta pula diperuntukkan bagi proses perolehan sebuah kapal Multi-Purpose Mission Ship (MPMS).


"Kapal ini akan dilengkapi dengan pelbagai keupayaan pelbagai misi operasi yang membolehkan Maritim Malaysia melaksana operasi di laut dengan lebih berkesan," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Mohd Rosli berkata, sebanyak RM160 juta pula diperuntukkan bagi perolehan dua Kapal Peronda Generasi Baharu (NGPC) yang bakal dilengkapi dengan teknologi terkini.







"Ia dapat meningkatkan keupayaan rondaan dan penguatkuasaan di kawasan perairan yang lebih luas dan mencabar.


"Selain kapal baharu, APMM menerima sebuah kapal peronda United States Coast Guard Cutter (USCGC) bagi meningkatkan keupayaan memantau perairan negara terutama di kawasan strategik.


"Bagi tujuan itu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM15 juta untuk penyelenggaraan dan pembaikan kapal berkenaan sebelum ia dibawa pulang ke negara ini pada tahun hadapan," katanya.


Beliau menegaskan peruntukan yang diumumkan itu membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan APMM dapat meningkatkan keupayaan operasi dan rondaan.


"Ia sekali gus mengatasi segala bentuk ancaman jenayah di Zon Maritim Malaysia," katanya.






Sumber  – Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.077178 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list