CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39642|Reply: 6

Bursa Malaysia jatuh empat hari berturut-turut seiring pasaran serantau

[Copy link]
Post time 24-10-2024 10:41 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut, seiring dengan pasaran serantau berikutan penjualan ekuiti global yang meluas, kata seorang penganalisis.


Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 9.30 mata atau 0.57 peratus kepada 1,632.23 daripada 1,641.53 ketika ditutup pada Rabu.


Indeks petunjuk pasaran dibuka 2.48 mata lebih rendah kepada 1,639.05 dan naik kepada 1,643.08 pada sepanjang dagangan hari ini.


Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 712 berbanding 312, dengan 514 kaunter tidak berubah, 964 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.


Jumlah dagangan turun kepada 2.64 bilion unit bernilai RM2.28 bilion daripada 3.24 bilion unit bernilai RM2.64 bilion semalam.


Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata prestasi negatif dalam pasaran bursa tempatan dan serantau kebanyakannya disebabkan oleh ketidaktentuan pilihan raya Amerika Syarikat (AS).


"Kebimbangan terhadap pemilihan Presiden AS yang sengit dan penurunan kadar faedah pada kadar yang lebih perlahan turut membebani Wall Street. Susulan ketidaktentuan dan keadaan turun naik meningkat dalam ekuiti global, kami mengesyorkan pelabur terus berhati-hati.


"Kami percaya aktiviti jualan dalam pasaran tempatan baru-baru ini menawarkan peluang kepada pelabur untuk terbabit dalam pembelian semasa harga rendah terutamanya untuk saham mewah," katanya.


Sehubungan itu, Pak Leng menjangkakan indeks penanda aras akan didagangkan antara 1,630 dan 1,640 menjelang hujung minggu.


Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan pula berkata, sektor pertahanan seperti utiliti menunjukkan prestasi bercampur-campur hari ini manakala saham penjagaan kesihatan mendahului saham untung.


Dalam pada itu, Indeks Teknologi mengakhiri peningkatan enam hari dengan penurunan 0.80 peratus, mencerminkan prestasi buruk sektor teknologi di Wall Street kerana ia berada di bawah tekanan akibat peningkatan hasil Perbendaharaan yang telah memberi kesan negatif kepada saham berorientasikan pertumbuhan secara global.


"Dengan ketiadaan pemangkin baharu, FBM KLCI berkemungkinan kekal dalam jajaran kecil sepanjang minggu ini. Pemacu utama seperti data ekonomi AS dan pendapatan korporat akan terus membentuk hala tuju pasaran.


"Sentimen pelabur dijangka kekal berhati-hati terutamanya dengan ketidaktentuan sekitar pilihan raya umum akan datang di Jepun dan AS," katanya.


Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank turun empat sen kepada RM10.58, Public Bank merosot tiga sen kepada RM4.52, CIMB Group jatuh lima sen kepada RM8.13, Tenaga Nasional menguncup enam sen kepada RM14.36, bagaimanapun IHH Healthcare melonjak 20 sen kepada RM7.41.


Bagi saham aktif, Fitters Diversified jatuh 0.5 sen kepada 3.5 sen, Capital A berkurangan satu sen kepada 98 sen manakala Niche Capital Emas naik satu sen kepada 19.5 sen.


Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 68.55 mata kepada 12,299.70, Indeks FBM 70 merosot 107.35 mata kepada 17,748.31, Indeks FBMT 100 turun 69.57 mata kepada 12,001.63, Indeks FBM Emas Shariah menguncup 42.44 mata kepada 12,244.55, bagaimanapun Indeks FBM ACE meningkat 15.56 mata kepada 5,110.94.


Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 108.99 mata kepada 19,407.57, Indeks Tenaga turun 2.76 mata kepada 859.03, Indeks Perladangan berkurangan 8.06 mata kepada 7,280.11 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian jatuh 1.44 mata kepada 175.82.


Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 1.65 bilion unit bernilai RM2.07 bilion daripada 1.84 bilion unit bernilai RM2.34 bilion pada Rabu.


Jumlah dagangan waran merosot kepada 669.84 juta unit bernilai RM97.08 juta daripada 1.01 bilion unit bernilai RM173.07 juta sebelumnya.


Jumlah dagangan Pasaran ACE turun kepada 329.30 juta saham bernilai RM113.53 juta daripada 379.20 juta saham bernilai RM128.85 juta semalam.


Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 250.86 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (648.79 juta), pembinaan (86.66 juta), teknologi (140.37 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (75.38 juta), hartanah (144.12 juta), perladangan (42.03 juta), REIT (11.61 juta), dana tertutup (252,700), tenaga (88.68 juta), penjagaan kesihatan (45.31 juta), telekomunikasi dan media (26.37 juta), pengangkutan dan logistik (28.46 juta), utiliti (65.61 juta) dan amanah perniagaan (34,300 juta).





Sumber – BERNAMA, BERITA HARIAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2024 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu ringgit lak caner
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2024 06:33 AM | Show all posts
takde lagi longest bull ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2024 07:18 PM | Show all posts
Ya ka? aku punya OK ja. Naik sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2024 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Seiring dan sejalan
Seindah bunga ditamannn
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2024 11:56 PM | Show all posts
Boring giler
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2024 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kan dah kata, market correction je tu. Ni Sgd dah jadi 3.3 balik. Apo?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.087232 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list