View: 95136|Reply: 66
|
Papar Saman PDRM Di Papan Tanda LED, Rakyat Singapura Tak Puas Hati Malaysia Buat Sistem VEP?
[Copy link]
|
|
Sekadar info buat orang ramai, kerajaan telah mewajibkan mana-mana kenderaan asing dari Singapura untuk mempunyai Permit Masuk Kenderaan (VEP) sejak 1 Oktober lalu.
Peraturan tersebut dilaksanakan bagi memastikan pemilik kenderaan asing mematuhi segala peraturan jalan ketika berada di Malaysia.
Difahamkan melalui penjelasan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, undang-undang tersebut dilaksanakan di dua pintu masuk kompleks Kastam, Imigresen, dan Kuarantin (CIQ) di Johor iaitu Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Tambak Johor dan di Bangunan Sultan Abu Bakar di Link Kedua Malaysia-Singapura.
Dalam hantaran tular yang dimuat naik di Facebook, baru-baru ini, dapat dilihat cara tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) VEP yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berfungsi.
Hantaran tersebut memaparkan sebuah kenderaan dikenakan denda dan rekod saman dari PDRM dipaparkan di papan tanda LED.
Biarpun ada yang menyambut baik pelaksanaan yang dibuat oleh kerajaan itu, tetapi ada juga sesetengah rakyat Singapura yang meluahkan rasa kesal dan berpendapat ia menyusahkan mereka untuk masuk ke Malaysia.
Bahkan ada yang bersuara dengan menyatakan bilangan warga jiran yang akan berkurangan datang ke Malaysia jika sistem ini diteruskan.
Sebelum ini dilaporkan sebanyak RM3.5 juta saman trafik yang tertunggak daripada warga Singapura ketika berada di Malaysia.
SUMBER : Beautifulnara |
|
|
|
|
|
|
|
summon detector dkt sg untuk malaysian car tu betul ke? konon dah lebih 10 tahun.. ade sesiapa geng runsgd boleh confirmkan? |
|
|
|
|
|
|
|
bawak macam pelesit kerasukan, takde adab
selain papar saman, papar sekali muka pemegang lesen, boleh la weols tengok si bodoh mana bawak kereta persis setan tersebut |
|
|
|
|
|
|
|
Elok le buat..
Kau tak mau masuk pung orang mesia tak hadap lah...
Ramai.lagi.pemandu mcm.korang kat mesia ni.kitorang nak hadap... |
|
|
|
|
|
|
|
Tehtapppp jua korg beramai2 masuk
Cheap cheap cheap
|
|
|
|
|
|
|
|
dalm negara sendiri botak pernah complain ,kat negara orang bukan main kuat complain |
|
|
|
|
|
|
|
Patut dr dulu buat camtu.
Sekat rakyat singapore dr masuk ke msia jika saman tk
dibayar |
|
|
|
|
|
|
|
Bahkan ada yang bersuara dengan menyatakan bilangan warga jiran yang akan berkurangan datang ke Malaysia jika sistem ini diteruskan.
Hangpa nak pi mana je pun kalau tak ke seberang tambak. Patut 20 tahun lepas lagi buat macam ni. Warga Malaysia nak pi Thai, kena bayar RM2 kat sempadan. Ni Thailand pun dah mula nak kenakan tax RM39 sorang yg masuk sana, bermula dengan air travel. Tak lama lagi darat dan laut pulak kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Lahhhh..negara org punya law kau pulak yg tak puas hati...nk mrentan buat kat negara sendiri la...tu pun kalau berani n ada telo. Btw smpi rakyat negara jiran pun berani komplen pasal undang2 negara kita...nmpk sgt org luar mmg tak respect negara ni |
|
|
|
|
|
|
|
ugut kita macam kita hadap sangat dengan dorang |
|
|
|
|
|
|
|
RosieRosie replied at 26-10-2024 11:10 AM
Tehtapppp jua korg beramai2 masuk
Cheap cheap cheap
Betul. Xperlu takut la dgn warga sg. diaorang ugut je. Kemana lg diaorang nk pegi? Dah la negara kita 20x lg best, lg besar, 3x cheaper, maknan jauh lg sedap. Mmg diaorang ttp hadap mcm mana rakyat kita hadap thailand walaupon sekutu zionis |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa malaysia nk kena fikir hang suka ka dak? Haha..kalau xnak dtg ok aja. Dok melangut jelah dlm hdb tu time weekend. |
|
|
|
|
|
|
|
Buat malu aje rakyat negara maju komplen macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
Hat warga depa pandu kenderaan supa babi menonong kat lebuh raya, henjut keta isi minyak subsidi Msia seolah esok nak PKP tu... ingat warga lokal suka kaa? |
|
|
|
|
|
|
|
Pegi mati lah kalau tak puas hati *rolleyes* |
|
|
|
|
|
|
|
So what? Ini undang2 malaysia. Xreti nak byr saman sapa suruh, yg reti perangai mcm bbbb je kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia ni baik sangat. patutnya kenakan saman kat dorang bersamaan dgn SGD. pastu kalau tak bayar, jangan bagi lepas tambak balik ke SG. setakat kena saman dlm RM tu dia gelak2 je. kalau kita kena RM300, dorang kena triple sbb currency dorang kan kuat, bangga kemain walaupun nak makan kena beli kat sini sbb murah.
nak balik, ha swipe la kad kredit ke, nak suh sedara mara transfer duit terus bayar kat checkpoint nak berambus balik SG tu, baru bagi balik.
kalau buat camni, barulah reti nak hormat undang-undang negara kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Moralnya...dah buat salah, sila bayar. |
|
|
|
|
|
|
|
sangat setuju. tak aci lah rate sama dengan marhein.
selain tu saman pun patutnya kena ada rate berbeza untuk foreigner & takde diskaun2. kena bayar full baru boleh lepas.
kalau perkhidmatan lain gomen boleh impose takkan untuk saman ni tak boleh nak impose.
baru lah behave sikit bila drive dekat Malaysia ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya kita yg slow. Dah lama terfikir apesal Malaysia tak buat. Dari dulu kalau nak masuk singapore mesti kena remind psl hadlaju. Tak bayar saman tak blh keluar singapore katanya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|