CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49665|Reply: 2

[Pulau Pinang] Budak empat tahun jatuh tingkat 12 kondominium dilaporkan stabil

[Copy link]
Post time 27-10-2024 01:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 27-10-2024 01:05 PM

Budak empat tahun jatuh tingkat 12 kondominium dilaporkan stabil

Oleh BERNAMA - Oktober 27, 2024 @ 12:31pm






GEORGETOWN: Budak lelaki yang terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium di Lebuh Tunku Kudin, Gelugor di sini semalam dilaporkan dalam keadaan stabil.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake, berkata kanak-kanak berusia empat tahun itu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta di sini.

"Berdasarkan keterangan keluarga kanak-kanak itu, mangsa dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di ICU untuk pemerhatian selama 48 jam," katanya dihubungi hari ini.

Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk merekodkan keterangan ibu bapa dan saksi yang melihat kejadian itu serta kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Dalam kejadian jam 9.20 pagi semalam, kanak-kanak lelaki itu dilaporkan cedera parah setelah terjatuh dari bilik tidur utama rumahnya.

Siasatan polis mendapati mangsa ditemukan oleh neneknya berusia 63 tahun yang juga penjaganya di tingkat tujuh dan difahamkan mangsa yang merupakan anak tunggal itu terjatuh dari tingkap bilik tidur utama ketika neneknya berada dalam tandas. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1316477/budak-empat-tahun-jatuh-tingkat-12-kondominium-dilaporkan-stabil





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2024 11:16 AM | Show all posts
Second chance sungguh ni, moga sihat2 aje anak oii
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2024 11:34 AM | Show all posts
Allahuakbar.. bangsa apa ni. mesti neneknyaa trauma tinggal cucu kejap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.079866 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list