CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20323|Reply: 5

Nak bergaduh tunggu pilihan raya, sekarang masa bantu rakyat – PMX

[Copy link]
Post time 28-10-2024 08:32 AM | Show all posts |Read mode





PADANG RENGAS – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau tidak peduli dengan kritikan terhadap dirinya kerana fokus kerajaan ketika ini adalah untuk membantu rakyat yang memerlukan.


Beliau berkata, antara kritikan yang dimaksudkan tersebut termasuklah caranya berpakaian serta penggunaan istilah-istilah seperti ketimbang, baru-baru ini.


“Sebab itu kalau (pembentangan) belanjawan itu dua jam setengah saya tak kacau orang. Saya tak kecam dan maki orang walaupun dalam perbahasan maki. Saya pakai songkok senget sikit pun dia marah, pakai baju Melayu pakai capal pun tak kena.


“Kemudian saya guna istilah-istilah baharu macam ketimbang pun dia tak faham. Kita jadi pemimpin kita tingkatkan penguasaan bahasa,” katanya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Padang Rengas, di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Anwar berkata, penggunaan istilah-istilah tidak popular telah diamalkan beliau agar perkataan-perkataan itu dapat diperkenalkan kepada masyarakat.


“Dulu tak ada alaf, saya gunakan. Dulu tak ada mampan, saya perkenalkan. Tidak ada telus, saya perkenalkan. Tidak popular kesenjangan, kita popularkan. Kita didik anak-anak kita supaya menguasai bahasa.


“Ketelusan itu ia bahasa daerah di Selangor, yang ganti transparensi. Kita guna mansa, itu bahasa Iban, kita perkenalkan. Kita guna alaf, bahasa Arab. Kita guna taklif, bahasa Arab,” katanya.


Tegas beliau, sekiranya beliau menghabiskan masa menjawab isu-isu berkenaan ia hanya menghalang tugasnya untuk membantu rakyat.


“Bagi saya kalau nak jawab ini letih, kerja tak jalan. Sebab itu saya nasihat kawan-kawan semua dari semua parti, masa ini masa untuk angkat nama Malaysia, buat kerjalah. Nak bergaduh tunggu pilihan raya esok, bergaduhlah.


“Sekarang kerja, angkat martabat negara dan rakyat kita,” katanya yang turut menegaskan agar kerajaan negeri tidak mengabaikan projek-projek berskala kecil bagi membantu penduduk setempat.  




SUMBER :  Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2024 09:35 AM | Show all posts
betul la tu...

tp dulu2 pulun ajak org lain gaduh kan...macam2 buat nya....hahahha

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2024 09:38 AM | Show all posts
menteri menteri kewangan sebelum ko pun x pernah maki org time bajet
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2024 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha bila time dia jd pembangkang smpai berguling2…. Xde pon ko tggu pilihanraya… apa yg ko bantu rakyat??? Harga brg makin naik ada la
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2024 05:44 PM | Show all posts
deni kan spin la ape pun...mesti kene pale sundrik setepek
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2024 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
' rakyat' tu geng2 tokey sepet lerr .bukan rakyat marhaen b40.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.045378 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list