CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 46816|Reply: 45

Individu kelas T15 dimuktamadkan hujung bulan depan - Rafizi Ramli

[Copy link]
Post time 29-10-2024 08:25 AM | Show all posts |Read mode





Melaka: Kementerian Ekonomi sedang memuktamadkan butiran kategori kumpulan T15 dengan Kementerian Kewangan sebelum membentangkannya kepada Kabinet dalam tempoh sebulan lagi untuk kelulusan, kata Menteri Rafizi Ramli.


Beliau berkata, tempoh sebulan diperlukan untuk menyediakan kerangka yang lebih tepat bagi kumpulan T15, yang akan ditentukan berdasarkan lokaliti dan bukannya definisi nasional seperti dalam dasar terdahulu.


Katanya, individu yang diklasifikasikan sebagai berpendapatan tinggi atau lebih dikenali sebagai T15 akan ditentukan berdasarkan pendapatan boleh belanja bersih atau 'net disposable income' serta lokasi tempat tinggal mereka.


"Ini kerana, penentuan kadar pendapatan boleh belanja bersih tidak boleh diselaraskan secara 'pukul rata' tanpa mengambil kira Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) mengikut sesuatu lokaliti.


"Justeru, kita anggarkan kira-kira 10 juta isi rumah di seluruh negara yang akan dinilai semula sama ada sesuai diklasifikasikan dalam kumpulan T15 dan penilaian teliti berdasarkan pelbagai platform pangkalan data seperti Sistem Pangkalan Data Utama (PADU)," katanya.


Beliau ditemui selepas menghadiri Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Hotel Hatten, Banda Hilir di sini yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.


Rafizi berkata, kerajaan akan memuktamadkan perkara sejurus penilaian dan penelitian selesai dibuat bersama beberapa pihak termasuk Kementerian Kewangan.


"enilaian itu perlu dibuat secara teliti kerana tidak semua individu berpendapatan RM10,000 ke atas boleh dikategorikan sebagai T15 kerana ia berdasarkan kepada lokasi kediaman seseorang itu.


"Kalau di kawasan Kuala Lumpur atau pusat bandar lain, jumlah RM10,000 tidaklah dimasukkan dalam T15 tapi kalau di Gua Musang (orang di situ) memang kayalah," katanya.


Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dilaporkan mengakui, kerajaan belum memuktamadkan jumlah tangga pendapatan bagi klasifikasi kelompok 15 peratus teratas rakyat berpendapatan tinggi atau lebih dikenali T15, yang akan dikecualikan daripada beberapa subsidi tahun depan.


Ketika menjelaskannya, Perdana Menteri menafikan anggapan dan fahaman sebilangan pihak yang secara pasti mentakrifkan bahawa T15 yang akan dikecualikan daripada subsidi tahun depan adalah isi rumah berpendapatan RM12,000 ke atas seperti takrifan dipakai pada masa kini.




SUMBER : – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2024 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Rafizi ni buang ajelaa.. asyik dengo ckp jawe statitistik
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni utk sabsidi minyak ka?
Iols takleh jjcm la kalau sabsidi minyak kena tarik.. sekadar pi balik keje jahh..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 09:41 AM | Show all posts
sepatutnya dah ada butiran T15 tu sebelum umumkan dalam budget hari tu. saja nak bagi malaysian mengelupur
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 02:06 PM | Show all posts
Buritan replied at 29-10-2024 08:56 AM
Rafizi ni buang ajelaa.. asyik dengo ckp jawe statitistik

paso mana nak buang tu?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu kan, bangga sungguh dorang dengan rafizi dan formula beliau

Tu dulu la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2024 03:00 PM | Show all posts
Semoga T15 yg diperkatakan ini ada lah golongan berpendapatan isi rumah 30k/month.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 03:22 PM | Show all posts
aechae replied at 29-10-2024 03:00 PM
Semoga T15 yg diperkatakan ini ada lah golongan berpendapatan isi rumah 30k/month.

Bang Non kata nak naikkan dari 13K/mth kepada range 15-20K. belum muktamad lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2024 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang bikin caca merba itu melayu sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 03:41 PM | Show all posts
pendapatan isi rumah lebih rm10,000 di Gua Musang dah dikira T15 dan tak boleh dapat subsidi minyak? mcm mana dengan Kota Bharu? Atau Alor Setar? Atau Kulim? what the heck rafizi? kejadah formula apakah ini?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 29-10-2024 02:06 PM
paso mana nak buang tu?

Paso cho kit ke.. kena kejo dihanjing
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 04:16 PM | Show all posts
Buritan replied at 29-10-2024 04:03 PM
Paso cho kit ke.. kena kejo dihanjing

takkan le cho kit

kurang2 ttdi la... see my level
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 29-10-2024 04:16 PM
takkan le cho kit

kurang2 ttdi la... see my level

Dah boleh dah call perhilitan
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
aechae replied at 29-10-2024 03:00 PM
Semoga T15 yg diperkatakan ini ada lah golongan berpendapatan isi rumah 30k/month.

Bagaimana pula jika gaji RM30k/bulan tapi komitmen bulanan setinggi RM25k/bulan. Dapat subsidi juga kah?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 05:07 PM | Show all posts
Edited by matseh at 29-10-2024 05:09 PM

aku harap aku masuk dlm m45. KAlau masuk dlm T15 kena la tukar kereta BWM baru atau Merc baru. Kena pindah pulak duduk di kawasan elit Taman Tun instead duduk di area sha alam. upgrade lifestye sbb x dpt subsidi."nak tukar ubat gigi ke? nak tukar gaya hidup?"
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 29-10-2024 04:50 PM
Bagaimana pula jika gaji RM30k/bulan tapi komitmen bulanan setinggi RM25k/bulan. Dapat subsidi jug ...

Sape suh buat komitmen smpai 25k

Weols dh lh x isi PADU…iols xpe lg gaji x byk, pegi keja pn jln kaki…hbs lh laki iols  xdpt subsidi petrol nk ulang alik JB-KL lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2024 06:47 PM | Show all posts
ko kelaskan la t15 ke tsejuta sekalipun..... iols cuma nak tahu pelaksanaannya mcm mana... ko nak asingkan Malaysian n non-Malaysian utk isi ron95 pun ko x mampu nak laksanakan, laksanakan pengasingan Malaysian n non Malaysian utk ron95 nk tgok cemana, lepastu baru la ko sembang kencang nak asingkan ron95 ikut kelas t15.... percayalah, apa2 dari bangnon ni x akan terjadi dgan jayanya.... cuz he is naturally dumb
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 06:49 PM | Show all posts
Buritan replied at 29-10-2024 08:56 AM
Rafizi ni buang ajelaa.. asyik dengo ckp jawe statitistik

nk buang kt mana ? pulang ke laut bersama sotong2 kah ?? tp heshe byak betul sakit yach !
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 07:47 PM | Show all posts
kemaruk replied at 29-10-2024 04:29 PM
Dah boleh dah call perhilitan

amboiii

another level tu bangkem


Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 08:08 PM | Show all posts
aechae replied at 29-10-2024 06:44 PM
Sape suh buat komitmen smpai 25k

Weols dh lh x isi PADU…iols xpe lg gaji x byk, pegi keja  ...

Besar periuk, besarlah keraknya....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.230550 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list