CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46786|Reply: 0

[Kedah] Kerja pembaikan paip bocor IWK siap, jalan dibuka esok

[Copy link]
Post time 29-10-2024 12:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 29-10-2024 12:29 PM

Kerja pembaikan paip bocor IWK siap, jalan dibuka esok

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
29 Oktober 2024 11:46am




Kerja penurapan jalan sedang dijalankan dan akan dibuka kepada orang awam pada Rabu. Gambar bawah: Lubang benam yang dikesan berlaku akibat daripada kebocoran paip itu sebelum ini.




GEORGE TOWN - Kerja pembaikan paip bocor milik Indah Water Konsortium (IWK) di Taman Sri Nibong, Pantai Jerejak di sini telah siap tanpa masalah baharu dikenal pasti.

Sebelum ini kebocoran paip itu dikatakan menjadi punca berlaku lubang benam di kawasan berkenaan.


Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari berkata, pihak IWK telah menyiapkan kerja pembaikan paip itu dalam tempoh seminggu seperti yang dijangkakan sebelum ini.

"Kerja pembaikan telah siap sepenuhnya dan tiada masalah paip bocor lain dikenal pasti.

"Kerja-kerja itu berjaya disiapkan oleh IWK dalam tempoh seminggu seperti jangkaan mereka sebelum ini," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Tambah Zairil, kerja penurapan jalan akan dijalankan sebelum ia dibuka kepada umum pada Rabu.

"Hari ini (Selasa) kerja penurapan akan dibuat dan dijangka siap hari ini juga.

"Jalan di situ akan dibuka semula untuk kegunaan orang awam esok (Rabu), insya-ALLAH," ujarnya.


Beliau berkata, setakat ini, kawasan kejadian dijamin selamat untuk orang awam.

"Ya, selamat untuk orang awam dan setakat ini, tiada kejadian mendapan atau rekahan di kawasan berhampiran.


"Bagaimanapun, kita akan memantau juga bagi memastikan tiada masalah lain yang timbul selepas ini," tambah beliau.

Pada 16 Oktober lalu Sinar Harian melaporkan, kebocoran paip IWK dipercayai menjadi punca berlakunya lubang benam di Taman Sri Nibong, Pantai Jerejak di sini.

Hasil penelitian dan siasatan awal mendapati, insiden itu berpunca daripada kebocoran paip di bawah tanah hingga menyebabkan pasir terhakis.

Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati, tiada mendapan atau rekahan baharu dikenal pasti berlaku di kawasan berdekatan dengan lokasi kejadian.

Hanya kawasan berlaku lubang benam sahaja disahkan tidak selamat dan telah ditutup untuk kegunaan orang awam.

Sementara itu, IWK dalam kenyataannya berkata, pihaknya telah mengambil tindakan segera dengan membaiki paip yang terjejas dan dijangka selesai dalam tempoh empat hingga tujuh hari.

Kerja-kerja tersebut mula dijalankan oleh IWK sejak jam 10 malam, 19 Oktober lalu.

https://www.sinarharian.com.my/article/693702/edisi/utara/kerja-pembaikan-paip-bocor-iwk-siap-jalan-dibuka-esok


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.213718 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list