CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42664|Reply: 0

[Kedah] Operasi SAR mencari Muhammad Aiman diteruskan hari ketiga

[Copy link]
Post time 29-10-2024 02:44 PM | Show all posts |Read mode
Operasi SAR mencari Muhammad Aiman diteruskan hari ketiga

Zuliaty Zulkiffli[email protected]



OPERASI mencari Muhammad Aiman diteruskan pada hari ketiga. FOTO Zuliaty Zulkiffli



Sungai Petani: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Muhammad Aiman Safwan Mahadzir, 25, yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh di sungai Pasar Bisik, Kota Kuala Muda sejak kemarin, diteruskan pada hari ketiga hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, operasi itu diteruskan hari ini dan mangsa belum ditemui lagi setakat ini.

Beliau berkata, operasi disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan bantuan nelayan setempat.

"Setakat ini operasi masih diteruskan di lokasi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, ibu mangsa, Rosnah Razali, 48, masih menaruh harapan yang anaknya itu masih hidup dan ditemui segera dalam keadaan selamat walaupun pada hari ketiga hari ini.

Dia yang menetap di Kampung Teluk Wang di sini berkata, anak sulung dari tiga beradik itu keluar daripada rumah untuk membeli ikan pada hari kejadian namun tidak pulang selepas itu.

Difahamkan, anak saya dilihat kali terakhir berada di pesisir pantai Pasar Bisik itu pada jam 12 tengah hari, hari kejadian dan ketika itu dia menunggu bot nelayan yang baharu tiba membawa muatan ikan sebelum dilaporkan hilang dari pandangan orang ramai dipercayai dibawa arus deras.

"Saya sempat menghubungi Aiman melalui telefon pada jam 11.30 pagi sebelum kejadian dan dia beritahu ikan belum ada lagi," katanya.

Rosnah berkata, dia bagaimanapun terkejut apabila dimaklumkan bahawa anaknya itu terjatuh ke muara sungai kira-kira setengah jam kemudian.

Katanya, anaknya itu sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Januari tahun depan dan sudah pun melakukan persiapan akhir untuk majlis itu nanti.

"Aiman seorang anak yang baik dan tidak pernah melawan malah semua orang sayangkan kerana sifatnya yang suka tolong orang," katanya.

Sementara itu, tunang Muhamad Aiman, Nur Farhana Abd Syukur, 23, berkata, dia berharap supaya operasi pencarian mangsa dipermudahkan walaupun setakat ini belum ada sebarang petunjuk.

Katanya, mereka sepatutnya pergi ke Klinik Kesihatan Taman Intan untuk menjalani saringan HIV sebagai prosedur sebelum perkahwinan pada hari kejadian.

"Kali terakhir dia balas kiriman Whatsapp saya pada jam 11.30 pagi dan Aiman beritahu jadi nak buat saringan HIV dan saya bersiap untuk ke sana.

"Kira-kira jam 1 tengah hari, ibu Aiman menghubungi saya dan beritahu yang dia jatuh laut menyebabkan saya terkejut dan bergegas ke sini," katanya.

Media semalam melaporkan, seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Pasar Bisik, Kota Kuala Muda, Ahad lalu.

Bagaimanapun keadaan ombak kuat Dan laut bergelora dan hujan lebat menyukarkan operasi pencarian menyebabkan operasi disambung semalam dan hari ini.



Disiarkan pada: Oktober 29, 2024 @ 1:45pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1149452/operasi-sar-mencari-muhammad-aiman-diteruskan-hari-ketiga




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.196568 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list