|
https://www.facebook.com/share/p/Zy2Yn4bhiX7Tmbgr/?mibextid=Nif5oz
Sebuah agensi percutian tampil memohon maaf selepas menggunakan gambar satu keluarga untuk tujuan pengiklanan tanpa mendapat kebenaran pemilik gambar tersebut.
Memetik permohonan maaf daripada Arba Travel, pihaknya akui kesilapan tersebut dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya.
Kami amat kesal atas kesilapan ini & ingin memohon maaf dengan tulus kepada pihak terbabit. Kandungan tersebut telah pun kami padam,” petik permohonan maaf tersebut.
Terdahulu, seorang pemilik Facebook Fakhruddin Mansor, meminta pihak agensi travel tersebut menurunkan iklan yang menggunakan gambar sekeluarganya tanpa kebenaran.
Tambahnya lagi, beliau tidak pernah menggunakan servis atau pakej daripada agensi tersebut.
“ARBA Travel, Tolong padamkan iklan/gambar ini, kami tidak pernah menggunakan servis atau pakej anda. Tidak wajar menggunakan gambar kami sekeluarga tanpa izin kami dan menggunakannya pula untuk mengiklankan servis agensi anda.
“Harap bersikap profesional dalam bisnes anda,” ujar Fakhuruddin.
Menerusi tangkap layar iklan tersebut, gambar itu memaparkan gambar ahli keluarga, harga pakej dan lokasi negara percutian.
Sumber
FB Arba Travel
FB Fakhruddin Mansor |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|