View: 30317|Reply: 87
|
Fazura Akui Mahu Jadi Penyanyi Sejak Kecil, -“Itu Impian Saya…”
[Copy link]
|
|
Penyanyi dan pelakon terkenal, Nur Fazura, baru-baru ini berkongsi perjalanan kerjayanya dalam sebuah temubual eksklusif bersama SEA Today News di Indonesia. Menariknya, di sebalik kejayaannya dalam dunia seni, Fazura mengakui bahawa impian asalnya adalah untuk menjadi seorang penyanyi, sesuatu yang sudah dia impikan sejak kecil.
Menurut Fazura, dia memang sangat meminati muzik dan menyanyi sejak berusia 11 hingga 12 tahun.
“Saya sememangnya seronok menjadi seorang usahawan, saya mempunyai banyak jenama yang saya usahakan, dan saya bersyukur untuk semua itu. Tetapi, menjadi seorang penyanyi adalah impian saya sejak kecil,” katanya dalam temubual tersebut.
Fazura menjelaskan bahawa semasa zaman kanak-kanaknya, dia sering menulis lagu-lagu sendiri, dan muzik telah menjadi sebahagian daripada dirinya.
“Sejak kecil, saya memang suka menulis lagu dan menyanyi. Ia adalah sesuatu yang saya nikmati, tetapi saya tetap tanam impian suatu hari nanti saya dapat cipta sebuah lagu sendiri”
Fazura kini dikenali bukan sahaja kerana bakat lakonannya, tetapi juga kerana kejayaannya dalam dunia perniagaan dan jenama-jenama yang dia usahakan. Walaupun sibuk dengan pelbagai peranan, Fazura tidak pernah melupakan minatnya terhadap muzik dan berharap untuk terus mengejar impian tersebut pada masa depan.
Dengan pencapaian yang luar biasa dalam pelbagai bidang, tidak diragui bahawa Fazura merupakan salah satu figura yang menjadi inspirasi kepada ramai orang, terutamanya di kalangan wanita muda yang bercita-cita tinggi. Semoga impian untuk menyanyi ini akan menjadi kenyataan pada masa hadapan!
Setelah sekian lama memendam impian untuk menjadi penyanyi, Fazura akhirnya merealisasikan hasratnya dengan melancarkan single terbaharu berjudul “Bertahan Demi Cinta”. Lagu ini menandakan langkah besar Fazura dalam dunia muzik, satu cabang seni yang telah lama menjadi impiannya sejak kecil.
SUMBER: – Murai.my |
|
|
|
|
|
|
|
tapi suara u x best sgt la better berlakon je |
|
|
|
|
|
|
|
suara she takde la chipmunk. tp tu la kalau cita2 ngape tak masok kelas ke ape. mcm main2 je. tkucil bnyk sgt. title penyanyi boleh la pakai, tp title penyanyi perdana kualiti gaya mutu keunggulan belom/lambert lagi. huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah x boleh cemana..cth sy nk jadi doktor atau scientist..tp x boleh ..x kan nk kena jugak jd doktor atau scientist |
|
|
|
|
|
|
|
i pun kecik2 angan2 nak jd penyanyi ye...siap buat lirik dan lagu sdri, joget2 depan cermin. tp bila besar sedar diri sore x sedap, so nyanyi dlm kete dan rmh sdri jela. so plisss kakafaz, x semua angan2 dari kecik tu perlu direalisasikan bila dh besar...sila tgk kemampuan sdri...suaramu x sedap kakafaz!! x sedap!! |
|
|
|
|
|
|
|
nyanyi utk simpanan sendiri je dear? byk sgt tergelincir nyew.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mwahahahahahahahahhhahahahaahhahaahhahaha
"Engko pulak lawaa"...
Mwahahahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
buat lawak ke fazura? tahap perasan dia tu tinggi sungguh..kekadang aku terfikir dia ni tengah troll netizen ke |
|
|
|
|
|
|
|
Kaka faz ni gurau ke serius? Biar betol. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni jenis bimbo kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dealova04 at 6-11-2024 12:59 PM
kalau mcm ni dh dinyatakan minat menulis dan mencipta lagu dr kecik so teruskan je cuma jgn nyanyi sbb dia mmg x leh nyanyi. ramai yg jd komposer dan penulis lirik, deme x nyanyi pon. tp dpt hasilkan lagu dan lirik yg menarik. colab la dgn ippo tu kalau selesa , ipo sebagai komposer dan mekjura sebagai penulis lirik.
aku suka ippo hafiz punya lagu2 . suara ippo pon best dan rare. kalau dgr lagu dia terus boleh tau ni lagu ippo.
aku natural, x sebelah mana2 baik mekjura atau abdol. so fans mekjura please la advise dia stop menyanyi. jgn memalukan diri sendiri.
benda x betul jgn la sokong , jgn la ckp biar la.. go gerl la.. mmg dh x boleh nyanyi kan. sokong pd benda yg dia boleh je.
aku ni mmg xde fans mn2 retis. ada dulu termasuk dlm fans 1 retis. x ingat mcm mn termasuk dlm group deme. aku jenis lantang gini, terus kena kick. hahhahaha. pd hal kalau ko fans nk retis tu naik, bg la kata2 sokongan yg betul. ni bila tegur fans marah..biarlah dia suka gitu, kena jaga hati dia la bla bla bla... pd hal poyo je. naah ko abis je program tu terus kambus retis tu x leh naik. pd hal dia ada bakat. tp kalau dh dpt fans yg mcm minat tp lebih kpd mcm minat nk gatai2 merenyam2 syok sendiri mmg x kemana la retis tu , utk syok sendiri semata la fans2 mcm ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kwn² dek faz (yaa.. Meols kertu dahhh) ada dlm porom, tolong habaq toksah dok nyanyi lah walau berangan itu free. Sek 'eh dengor wehhh... Sek.' eh. Talent level² karok free kenduri toksah kluar lagu bgai.
Bg pilihan meknab ngn dekfaz lg sedap meknab nyanyi jujurnya aku suka masih pada dirinya.. walau benar berbeza langit dan udaraaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
mamaneesa replied at 6-11-2024 08:55 AM
i pun kecik2 angan2 nak jd penyanyi ye...siap buat lirik dan lagu sdri, joget2 depan cermin. tp bila ...
Baguslah chuols...peminat yg telus. Ini baru betul, klu x bagus utk artis kesayangan kita kena tegur wp pahit utk ditelan, bkn sokong mmbabi buta |
|
|
|
|
|
|
|
impian tak semestinya kene jadi kenyataan kakafaz |
|
|
|
|
|
|
|
Tak semestinya impian tu perlu direalisasikan klu dh mmg takda bakat menyanyi. Better focus dgn lakonan je. |
|
|
|
|
|
|
|
Faz andainya menyanyi begitu di pertandingan nyanyian, dapat pula Mami Mas Idayu yg jadi jurinya, entah mcmane lah Mami nak komen kualiti nyanyian Faz. Tak boleh angkat suara, lenggok tak ade, feeling d roh lagu pun tak kesampaian, pokoknya pedih telinga mendengarnya. Ini bukan mengutuk tapi kenyataan yg ikhlas d benar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Plz la terima hakikat Yang suara kau mmg xsdp noks..agaknye org skeliling dia mmg manjang puji ke suara dia???mmg Minta dikecam pun..jadi artis dah lama pun benak xpakai otak hei geram aku la,ke purposely mmg saje accept nak nyanyi live ni supaya sentiasa Ada cerita pasal ko kat newsfeed.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hancur Aku
Hancur Aku
Hancur Aku
time ni suara auto tune keeeee |
|
|
|
|
|
|
| |
|