View: 3293|Reply: 2
|
[Tempatan]
Terkejut adik ipar lelaki serba serbi tahu buat kerja rumah. Wanita ini kongsi cara praktik pada anak-anak
[Copy link]
|
|
Masih tidak terlambat untuk mengajar anak-anak terutamanya lelaki untuk bekerjasama menguruskan perihal rumah. Tiada rahsia yang khusus, cukup sekadar mengajak mereka membuat kerja bersama-sama seperti perkongsian wanita, Nazia Suhaimi yang mengaplikasikan cara ini buat keluarga kecilnya.
Beliau terdetik untuk berbuat demikian selepas melihat adik-beradik suaminya yang begitu ringan tulang membantu menguruskan kerja rumah dengan begitu sempurna. Jom ikuti perkongsiannya.
Masa saya baru kahwin dengan suami saya, saya sangat terkejut bila tengok adik-beradik lelaki sebelah suami semua rajin belaka.
Bahkan mereka orang yang sangat sibuk bila datang waktu kenduri. Itulah yang basuh daging. Itulah yang siang ayam. Itulah yang jaga menyapu. Itulah yang mengemas. Itulah yang kejap-kejap keluar beli ais, sirap, bawang.
Saya tanya suami saya, apa rahsianya?
Dia jawab entah. Sebab dari kecik memang semua dah belajar buat kerja rumah. Tak kira lelaki atau perempuan
Jadi kami pun try cari cara untuk didik anak-anak, tak kira lelaki mahupun perempuan, semua sama-sama buat kerja.
1. Kalau kita suruh anak-anak buat kerja. Mereka akan rasa terbeban jika ianya hanya satu arahan. Tak ada cara lain, kita kena sama-sama berkerja dengan mereka. Work together bak kata orang Perthlis.
2. Kadang-kadang anak-anak akan bergaduh berebut kerja yang paling senang. Untuk berlaku adil, hari ni si polan buat ni, esok si polan pulak buat ni. Kalau rajin, bikin jadual.
3. Pejam mata dulu kalau hasilnya tak seperti yang kita mahu. Ketap bibir dari komen menghentam. Kita nak mereka biasakan rutin membantu. Nanti slow-slow tegur cara mengemas yang betul.
4. Beri pujian atas usaha mereka. Of course anak-anak nak rasa dihargai.
5. Last sekali, beri reward atas usaha mereka. Tapi macam saya, ni cara kumpul poin untuk dapat gajet. Contoh, kalau tak capai 60 poin, maka tak dapatlah henpon. 1 poin = 1 minit. Bhahahaha.
Bila anak-anak rajin, mula lah keluar ayat keramat nak angkat anak sendiri, 'sejuk perut mak mengandung'. Betul tak? Boleh la sama-sama praktikan untuk keluarga kecil masing-masing. Barulah keluarga harmoni masing-masing tahu tugas sendiri di rumah
SumberSinarHarian
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Yg rajin di rumah x semestinya rajin di tempat kerja, sbb sudah penat bekerja balik rumah terus jadi malas sbb bekerja dpt gaji |
|
|
|
|
|
|
|
skrg pun byk peralatan yg memudah kan kerja rumah. pandai buat kerja rumah ni bila anak2 belajar/kerja jauh, memudahkan depa berdikari |
|
|
|
|
|
|
| |
|