View: 20559|Reply: 8
|
Hidap dementia, Ning mahu ibu lihat persembahannya di kaca TV
[Copy link]
|
|
Penyanyi Ning Baizura, 49, mengakui tujuannya menyertai program realiti, Gegar Vaganza (GV) musim ke-11 kerana mahu menghadiahkan momen indah buat ibunya, Satilah Abdullah, 81, yang mengidap penyakit dementia.
Ning berkata, dia mahu insan penting dalam hidupnya itu melihat dirinya kembali beraksi di layar kaca selepas sekian lama.
"Ibu sudah berusia dan menghadapi penyakit dementia. Saya rasa ini adalah waktu terbaik untuk lihat anaknya keluar televisyen (TV).
"Rasa sebak sebab mungkin ibu tak ingat bila kali terakhir saya buat persembahan di TV, jadi inilah hadiah terbaik untuk saya berikan kepadanya.
"Ibu sudah sakit tiga tahun. Dia cergas, tapi saya sedih. Sebagai anak, saya hanya mampu memberinya kenangan terindah.
"Ini adalah antara kenangan terindah yang saya berikan kepada ibu supaya tak lupa dan boleh lihat persembahan anaknya sekali lagi. Dulu pun ibu adalah pengurus saya," katanya pada sidang media pengumuman peserta GV11 di sebuah hotel di ibu negara, hari ini.
Pelantun lagu Awan Yang Terpilu itu memberitahu, dia mahu memberikan yang terbaik buat ibunya yang banyak membantu dirinya sehingga menjadi penyanyi berjaya ketika ini.
"Bukan menagih simpati, tapi ini saya buat untuk ibu. Untuk ibu melihat sekali lagi saya keluar TV. Ulang tahun ibu jatuh pada 1 Disember ini.
"Kalaulah saya masih kekal, ibu mahu datang untuk menonton persembahan saya. Mungkin dia tak tahu perasaan saya, tapi untuk orang di luar sana harus faham mengapa saya memilih jalan ini.
"Saya mahu memberikan yang terbaik kerana ibulah yang bertanggungjawab menjadikan siapa saya hari ini," katanya.
Mengulas pembabitannya dalam GV11, Ning berkata, ini adalah platform terbaik untuk dia menimba lebih banyak ilmu berharga daripada komen yang bakal diberikan oleh juri.
Ning bakal memberi saingan kepada 13 peserta lain dalam GV11 yang akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria setiap Ahad bermula 24 November ini, jam 9 malam.
Selain Ning, seramai 13 penyanyi lain yang bakal menjadi pertaruhan edisi kali ini adalah Liza Aziz, Illa Sabri, Sheila Abdull, Ronnie Hussein, Fairuz Selamat, Arrora Salwa, Yazif Lovehunters, Zehra Zambri dan band dari Indonesia, The Lima.
Turut memberi saingan adalah Reshmonu, Nai Dinamik, penyanyi rock Indonesia, Inka Christie serta vokalis kumpulan Dadali, Dyrga.
Sumber : - Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Start dah keluar cerita sedih nak raih vote. Ada org tgk lagi ke GV ni? Aku dah berzaman takde Astenuk.
Nih, Ning. Cuba tanya mak kau, "Who is Rafa?"
Mana tau dia ingat. |
|
|
|
|
|
|
|
Hello....dementia tua adalah dementia semulajadi faktor usia...jd ianya x kan sembuh..tu mmg proses manusia kealam kematian bila dah meningkat tua..
Perluke tgk ko berjoget, bergelek lagi dlm proses hujung usia ke penamatnya...bg je dia dgr surah2 alquran lagi bagus..biar mulut dia mampu mengikuti bacaan zikir ,alquran waktu itu...
Lainla elok2 tgh sihat tiba2 dementia disebabkan kemalangan x sengaja cth terhantuk kepala tiba2 terus hilang ingatan .. |
|
|
|
|
|
|
|
Suara ning masih power lagikah?... |
|
|
|
|
|
|
|
suara dia ni power lagi ke |
|
|
|
|
|
|
|
kita tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
walopon i tak nengok gv & tkde asteroks... tapi i nak jugak komen |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan aritu kata suara dia kelaut dalam ke? |
|
|
|
|
|
|
|
sympathy vote? please la...toksah la nak bawak cite sedih bagai...if you want to sing, just sing! full stop! |
|
|
|
|
|
|
| |
|