View: 23683|Reply: 0
|
[Sabah]
8,000 pelajar terima manfaat daripada TPNS
[Copy link]
|
|
ALBUM: Sebahagian penerima merakamkan gambar kenangan bersama Arifin dan Ghulam sempena penyampaian bantuan TPNS siri tujuh yang diadakan di Wisma Muis.
# Sekitar RM8 juta dibelanjakan kerajaan bagi membantu pelajar B40, e-Kasih
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah telah membelanjakan sekitar RM8 juta daripada Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) bagi membiayai pendidikan kira-kira lebih lapan ribu pelajar yang melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi (IPT).
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, mereka yang menerima bantuan daripada TPNS merupakan golongan yang terdiri daripada kategori e-Kasih dan B40 dalam usaha membantu mereka melanjutkan pelajaran ke IPT di dalam dan luar negara.
"Untuk hari ini saja, kita telah meluluskan permohonan seramai 34 pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara membabitkan peruntukan kira-kira RM200,000.
"Mesyuarat kali ini adalah siri ketujuh dan selepas ini akan ada beberapa siri lagi mesyuarat dalam masa terdekat bagi meluluskan banyak lagi permohonan anak-anak kita," katanya.
TERIMA: Salah seorang penerima menerima replika cek daripada Arifin sambil disaksikan Ghulam sempena majlis itu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Borneo selepas Majlis Penyerahan Bantuan Pendidikan dan Cermin Mata TPNS di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), petang Selasa lepas.
Hadir sama Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Seri Ghulam Haidar Khan Bahadar; Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Syahrin Syamsir.
Sementara itu, Arifin yang juga Exco Pendidikan Sabah memberitahu seramai 4,000 pelajar sekolah telah dikenalpasti bagi bantuan cermin mata TPNS membabitkan kos RM400,000.
Mengulas lanjut Arifin berkata, agihan bantuan itu akan dilaksanakan dalam dua fasa dan buat permulaan, bantuan disalurkan kepada 2,000 pemohon terdiri daripada pelajar sekolah menengah manakala selebihnya pada tahun depan.
"Buat permulaan, kita akan utamakan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) supaya mereka dapat belajar dengan lebih selesa," katanya.
https://www.utusanborneo.com.my/2024/11/06/8000-pelajar-terima-manfaat-daripada-tpns
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|