CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34874|Reply: 0

[Sarawak] Sekolah usang dan kekosongan jawatan guru di Lawas dibahas di Dewan Rakyat

[Copy link]
Post time 7-11-2024 12:40 AM | Show all posts |Read mode


Henry (kanan) mengadakan lawatan ke pejabat Fadlina (tengah) di bangunan Parlimen.

LAWAS: Sekolah usang serta kekosongan jawatan guru di Lawas antara isu yang dibahaskan pada Persidangan Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong berkata, masa depan anak-anak dan pelajar perlu dititik berat dari segi keperluan asas, kelengkapan pentadbiran dan tenaga pengajar yang mencukupi.

Kata beliau, terdapat 35 sekolah sekolah rendah kebangsaan dan empat sekolah menengah di Lawas.

“Kebanyakan bangunan sekolah berada dalam keadaan usang khususnya yang dibina sekitar 30 dan 40 tahun dahulu dengan bahan binaan sebahagian daripada kayu dan tidak tahan lama berbanding bangunan konkrit," katanya kepada media di sini, semalam.

Henry juga mahu kekosongan jawatan guru bagi sekolah rendah dan menengah segera diisi.

"Dari segi tenaga pengajar saya difahamkan terdapat 74 kekosongan jawatan guru di Lawas dan kebelakangan ini wujud dua kekosongan pengetua iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Trusan dan SMK Sundar dalam tempoh yang agak lama.

“Sehubungan itu, saya mencadangkan agar peranan Jabatan Pendidikan Peringkat Negeri Sarawak diperluaskan lagi untuk tujuan mempercepatkan proses pengambilan guru baharu dan pengisian jawatan-jawatan kosong,” ujarnya.

Ujarnya, isu guru yang sudah berkahwin seharusnya tidak dipisahkan antara satu sama yang lain, contohnya suami mengajar di Lawas dan isteri mengajar di Semenanjung dan sebaliknya kerana ini akan menjejaskan prestasi guru tersebut.

Beliau turut mencadangkan agar Sekolah Kebangsaan (SK) Siang-siang yang sering dilanda banjir dipindahkan ke kawasan yang lebih tinggi.

Dalam perkembangan lain Henry memberitahu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju meluluskan peruntukan RM400,000 untuk membina semula dua blok bangunan SMK Lawas yang musnah terbakar pada Oktober lalu.

Katanya, perkara itu dimaklumkan kepadanya ketika mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek di pejabatnya di bangunan Parlimen.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.099423 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list