CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26369|Reply: 0

[Sarawak] Budaya membaca bina masyarakat berilmu

[Copy link]
Post time 7-11-2024 09:19 AM | Show all posts |Read mode


Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Japri Bujang Masli. | MOHD ALIF NONI

KUCHING: Amalan membaca penting dalam membentuk individu berilmu dan bermaklumat, seterusnya melahirkan masyarakat yang bijak dan berdaya saing.

Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Japri Bujang Masli berkata, keperluan manusia berilmu dan maklumat adalah mutlak demi kepentingan diri sendiri.

“Jika seseorang malas untuk membaca, mereka akan mempunyai masalah bertindak kerana tidak memiliki ilmu atau sebarang maklumat untuk melakukan sesuatu perkara.

“Sama seperti makanan, kita perlu makan untuk terus hidup. Jika tiada ilmu dan maklumat, seseorang individu tidak akan dapat berfungsi dengan baik,” katanya ketika ditemui Suara Sarawak di Pustaka Negeri, hari ini.

Menurutnya lagi, satu masalah yang dihadapi oleh masyarakat pada zaman ini ialah pemerolehan ilmu secara pembelajaran pasif iaitu secara di bawah sedar.

Katanya, belajar secara pasif menjadi satu masalah kerana seseorang individu itu akan mempelajari sesuatu yang tidak diperlukan, malah ada kalanya tidak betul.

“Sekali lagi saya bandingkan dengan makanan, kita tetap berasa kenyang apabila makan makanan ringan berbanding makanan sihat dan berkhasiat. Namun, ia membawa padah (penyakit) dalam jangka masa yang panjang.

“Untuk lebih jelas tentang ilmu pasif ini, saya ambil contoh; sekiranya anda diberi peluang untuk pergi melancong, di mana anda akan pilih? Negara-negara barat atau Korea?

“Kenapa pilihan itu dibuat, kerana anda secara di bawah sedar diajar bahawa negara-negara berkenaan menarik dan indah, sedangkan ada negara lain yang lebih baik.

“Hal ini kerana kurangnya amalan membaca dalam kalangan masyarakat, menyebabkan seseorang membuat keputusan di bawah pengaruh tanpa pengetahuan (ilmu),” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menekankan agar orang ramai, khususnya generasi muda untuk mengamalkan amalan membaca agar tidak mudah dipengaruhi oleh perkara yang berlaku di sekeliling.

“Anda perlu lebih membaca untuk memahami dan memiliki ilmu. Lebih banyak anda membaca, anda akan nampak perubahan dalam diri yang lebih baik,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.055277 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list