CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26265|Reply: 0

[Sarawak] Projek atasi banjir RM316 juta di Sarawak sedang dilaksana

[Copy link]
Post time 7-11-2024 09:33 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kini melaksanakan Projek Mengatasi Banjir Pantai Negeri Sarawak di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM316 juta.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata pelaksanaan projek berkenaan melibatkan 17 lokasi di enam bahagian iaitu Kuching, Betong, Mukah, Miri, Limbang dan Samarahan, dengan skop utama merangkumi pembinaan struktur perlindungan banjir pantai dan kawalan hakisan serta kerja-kerja berkaitan.
“Dengan pelaksanaan projek ini, pantai sepanjang 32.9 kilometer akan dilindungi daripada risiko banjir, sekali gus mengurangkan risiko kerosakan harta benda dan ancaman kepada nyawa.

“Projek ini, yang kini dalam proses perolehan, akan dilaksanakan secara reka dan bina, dan kontrak kerja dijangka bermula pada Oktober 2025 dengan tempoh pelaksanaan selama lima tahun,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Yusuf Abd Wahab (GPS-Tanjong Manis) yang ingin tahu perancangan kementerian menangani masalah ombak laut yang menyebabkan hakisan pantai serius dan merosakkan ban pertanian tepi pantai di sepanjang garisan pantai Sarawak.

Akmal Nasrullah berkata kementerian turut mengambil langkah pendekatan bukan struktur, melalui pelaksanaan dua Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu (ISMP) di Sarawak.

Beliau berkata pelan pertama ialah ISMP Kuching-Betong, melibatkan persisiran pantai di bahagian Kuching, Samarahan dan Betong yang telah siap pada 2020, manakala pelan kedua pula ialah ISMP Sarikei-Limbang yang akan disiapkan pada tahun ini.

“Pelan kedua ini melibatkan persisiran pantai di Bahagian Sarikei dan Limbang termasuklah Pulau Bruit,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Yusuf berkenaan cadangan untuk membina pemecah ombak di Pantai Belawai, Tanjong Manis bagi mengelak hakisan, Akmal Nasrullah berkata perkara itu memerlukan kajian dan analisis terlebih dahulu.

“Secara umum, isu hakisan pantai dibahagikan kepada tiga kategori. Pertama, kategori kritikal yang melibatkan hakisan melebihi empat meter dalam setahun; kedua, kategori sederhana dengan hakisan antara satu hingga empat meter setahun; dan ketiga, kategori kurang kritikal dengan kadar hakisan sekitar satu meter setahun.

“Sekiranya pembinaan struktur seperti pemecah ombak, lapis lindung batuan, atau ban pantai diperlukan, kajian terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Kami juga perlu mempertimbangkan perancangan di peringkat Kerajaan Negeri Sarawak dan memastikan keselarasan dengan rancangan awal yang telah ditetapkan,” jelasnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.227108 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list