View: 45442|Reply: 65
|
Seorang Peninju, Kenali 4 Fakta Tentang Tengku Eddie Yang Didakwa Cederakan Pekerja
[Copy link]
|
|
Tengku Eddie Akasya Tengku Abd Rahman, seorang individu yang kini menjadi perhatian ramai selepas didakwa mencederakan seorang pekerja, adalah anak kepada Tengku Muda Tengku Abd Rahman Al-Haj ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah al-Musta’in Billah dan isteri pertama beliau, YABhg. Che Puan Muda Che Puan Julita Aisyah binti Abdul Latiff. Berikut adalah lima fakta tentang Tengku Eddie yang perlu anda ketahui.
Tengku Eddie dilahirkan dalam keluarga diraja Pahang. Beliau merupakan anak kepada Tengku Muda Tengku Abd Rahman Al-Haj ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah al-Musta’in Billah, yang juga adinda kepada Sultan Pahang ke-6, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Ibunya, YABhg. Che Puan Muda Che Puan Julita Aisyah binti Abdul Latiff, juga terkenal kerana kejelitaannya.
Penyertaan dalam Dunia Sukan Muay Thai
Tengku Eddie bukan sahaja dikenali sebagai anggota keluarga diraja, tetapi juga sebagai seorang atlet sukan. Pada tahun 2020, beliau menyertai Kejohanan TDH Muay Thai Superfight, yang menyaksikan 32 petinju bertanding dalam pertandingan yang penuh dengan cabaran ini. Tengku Eddie terlibat dalam dunia Muay Thai dan mempunyai minat yang mendalam terhadap sukan seni bela diri ini.
Kehadiran beliau dalam kejohanan tersebut menunjukkan bahawa Tengku Eddie tidak hanya bergantung pada status keluarganya, tetapi juga berusaha membuktikan diri dalam bidang yang memerlukan disiplin tinggi dan kekuatan fizikal. Ini memberikan gambaran bahawa beliau seorang yang aktif dan berani menghadapi. cabaran.
Adik Beradik
Tengku Eddie memiliki seorang kekanda, Yang Mulia Tengku Ameera Asya, yang turut terkenal dalam kalangan masyarakat. Di samping itu, beliau juga mempunyai dua orang adinda, iaitu Yang Mulia Tengku Ahmad Firhan Shah dan Yang Mulia Tengku Armaan Alam Shah.
Kontroversi Terkini: Didakwa Cederakan Pekerja
Baru-baru ini, nama Tengku Eddie menjadi perhatian selepas didakwa mencederakan seorang pekerja. Insiden tersebut menyebabkan media dan masyarakat memberi perhatian serius terhadap dakwaan tersebut. Walaupun banyak spekulasi yang timbul, ia masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Terdahulu media melaporkan seorang pekerja pembinaan, Alias Awang, 44, mendakwa dirinya dipukul dan diserang menggunakan pisau serta pistol oleh sekumpulan lelaki termasuk membabitkan seorang kerabat diraja Pahang dalam kejadian di sebuah kandang kuda di sini, Jun lalu sehingga mendapat perhatian Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang kemudiannya menitahkan agar polis menyiasat kes tersebut dengan segera, telus, adil dan tegas tanpa kompromi mana-mana pihak.
Sumber : – Murai.my |
|
|
|
|
|
|
|
Apesal sendu benang ni and benang2 lain ya |
|
|
|
|
|
|
|
Ada licence ke ada pistol? |
|
|
|
|
|
|
|
ni bagitau fakta segala nk suh puji ke keji??? |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmmmm Mari kita lihat siapa yg kena..siapa yg terlepas... |
|
|
|
|
|
|
|
virgocircus replied at 9-11-2024 03:50 AM
Hmmmmm Mari kita lihat siapa yg kena..siapa yg terlepas...
Da Tau da jwpn dia. Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias Kita tak terlepas dari terkena tempias Rimas ditindas sembunyi dalam puisi dan kias Tidak kau bidas tak berpaling walau sekilas.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian plak kt mangsa
Mesti teruk kena tinju
Semoga kebenaran dpt ditegakkan |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa pekerja tu kena serang?
|
|
|
|
|
|
|
|
macam citer labu babi eh labi. cekci |
|
|
|
|
|
|
|
Kt fb bc komen kelako psl dia ni.hahahahahaha.. |
|
|
|
|
|
|
|
"dan isteri pertama beliau, YABhg. Che Puan Muda Che Puan Julita Aisyah"
amat berbahagia sebab jadi yang pertama?
|
|
|
|
|
|
|
|
So.....fakta ni blh diguna utk lepas hukuman ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa 'tak dibgtau' punca,motif dia menyerang??? Tanpa memahami perkara sebenar...'tableh la nk ckp apa'. |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb apa ek dia bedal pekerja tu |
|
|
|
|
|
|
|
Pistol dapat dari mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 9-11-2024 06:58 PM
kenapa 'tak dibgtau' punca,motif dia menyerang??? Tanpa memahami perkara sebenar...'tableh la nk ckp ...
Ada dlm benang lain...rsnya pertikaian pasal tanah ke haper... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak salah dulu ayahanda dia ada sakit agak kronik jugak ...kulit jd gelap mcm terbakar....
Aku ingt dah tak de dah....mgkin byk duit pi berubat obersea....masa kuar berita tu aku kata kesian kan che puan julita...... |
|
|
|
|
|
|
|
Bapak dia kemain membulat kenyang ya. Nampak Sultan Abdullah Si abang lagi muda dan sihat. Kerja apa bapaknya? Takkan hari2 makan tido je kerjanya. |
|
|
|
|
|
|
|
muka cam bangshim peragut Wan Maimunah |
|
|
|
|
|
|
| |
|