View: 42921|Reply: 4
|
Tiada perang lain jadikan wanita, kanak-kanak sasaran seperti di Gaza- Recep Tayyip Erdogan
[Copy link]
|
|
ISTANBUL: Tiada perang lain yang menjadikan wanita dan kanak-kanak sebagai sasaran secara langsung seperti yang berlaku dalam genosid yang berterusan di Gaza, kata Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
Menurut laporan Agensi Anadolu (AA), Erdogan berkata;
"Selama 13 bulan yang lepas, lebih dua pertiga daripada lebih 50,000 orang awam yang terbunuh di Gaza adalah wanita dan kanak-kanak,"
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sidang Kemuncak Antarabangsa Wanita dan Keadilan di ibu kota komersial Turkiye, Istanbul.
Beliau berkata, Ankara akan terus menyokong "saudara" mereka di Gaza dan Lubnan, yang kedua-duanya dikepung oleh serangan Israel, sehingga pembunuhan beramai-ramai dihentikan dan gencatan senjata serta keamanan dapat diwujudkan.
Erdogan berkata beliau "amat yakin " Donald Trump, yang minggu ini kembali menguasai Rumah Putih selepas empat tahun, akan mengambil "langkah-langkah perlu untuk menamatkan peperangan," sambil menyuarakan harapan agar perkara itu berlaku.
Sumber : Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Bohong kuat dia ini... Boleh gang dengan mahathir and bangnon ... Apa jadi di gezira.. Darfur and khartoum etc di sudan?... Nobody defend negro sudan apabila ereb funding untuk perang...
Ini contoh bukan saja massacre..
https://www.unhcr.org/news/stories/women-and-girls-mired-sudan-crisis-suffer-surge-sexual-violence |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab orang lain tak berperang di celah2 wanita dan kanak2.
|
|
|
|
|
|
|
|
Penipu.
WWII di Malaya dulu pun abis kaum wanita jadik mangsa rogol askar Jepun. |
|
|
|
|
|
|
|
Lupakah beliau kepada Armenian Genocide? |
|
|
|
|
|
|
| |
|