Edited by maklukpenggoda at 11-11-2024 02:43 AM
Mangsa berusia 19 tahun dilaporkan mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak oleh seorang pelatih tahun tiga.
KUALA LUMPUR: Satu lagi kejadian buli dilaporkan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) membabitkan pelatih Tahun Satu yang mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang.
Kejadian dilaporkan pada 21 Oktober lalu, sehari sebelum seorang pelajar tahun dua universiti berkenaan ditekap seterika oleh pelajar tahun empat.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, ketika kejadian mangsa sedang berada di tepi padang kawad setelah selesai sesi panggil nama.
"Mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di hospital berikutan kecederaan yang dialami," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rusdi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
BH
|