CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29746|Reply: 0

[Pulau Pinang] Modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial diguna dalam kurikulum 2027 tangani isu kehamilan remaja - Fadhlina

[Copy link]
Post time 11-11-2024 02:07 AM | Show all posts |Read mode
Modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial diguna dalam kurikulum 2027 tangani isu kehamilan remaja - Fadhlina

Nur Izzati Mohamad - November 10, 2024 @ 6:00pm[email protected]




Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek melihat pelajar sekolah melakukan aktiviti Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) pada Minggu STEM USM 2024. - NSTP/DANIAL SAAD




GEORGETOWN: Modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) akan digunakan dalam Kurikulum Persekolahan 2027 dalam usaha menangani kes kehamilan remaja, termasuk di luar nikah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya mengambil perhatian serius isu berkenaan dan dari semasa ke semasa melaksanakan program berkait advokasi kesihatan reproduktif.

Katanya, langkah itu sudah mendapat persetujuan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan KPM sentiasa mengalu-alukan kerjasama rentas kementerian bagi menangani isu terbabit.

"Saya ingat keprihatinan kita sama dengan KPWKM apabila bercakap soal kehamilan di luar nikah. Kita beri tumpuan penuh kepada agenda-agenda pendidikan, khususnya yang terkait rapat dengan kesihatan reproduktif.

"Begitu juga, dari semasa ke semasa, kita menjalankan program berkait advokasi membabitkan isu kesihatan reproduktif. Ini termasuk program bersama KPWKM," katanya.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal menjelaskan demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perasmian Program Minggu STEM Universiti Sains Malaysia (USM) 2024, di sini hari ini.

Program bersama KPWKM itu, katanya, termasuk bagi menangani isu gangguan seksual, isu kesihatan gadis serta sentuhan selamat dan tidak selamat, iaitu inisiatif yang masih lagi dilaksanakan di peringkat KPM.

Fadhlina berkata, pihaknya juga akan memberikan tumpuan kepada pemerkasaan maklumat dan advokasi kepada guru dan murid, khususnya modul PEERS berkait isu berkenaan.

PEERS diajar melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan bermula peringkat prasekolah hingga menengah bagi melengkapkan murid dengan maklumat dan kemahiran, khususnya kecekapan psikososial untuk membuat keputusan dalam kehidupan harian.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata isu kehamilan remaja, perkahwinan bawah umur, buang bayi dan pengguguran tidak selamat di negara ini makin membimbangkan.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM), katanya, sebanyak 44,263 kes kehamilan remaja direkodkan sejak lima tahun lalu dan daripada jumlah itu, 17,646 kehamilan membabitkan remaja belum berkahwin.

Memaklumkan demikian pada Forum Advokasi Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial di Kuching, Nancy berkata, bagi Sarawak, 9,258 kes kehamilan remaja direkodkan sepanjang 2019 hingga 2023, termasuk 5,627 kes hamil luar nikah.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1322122/modul-pendidikan-kesihatan-reproduktif-dan-sosial-diguna-dalam





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 43667 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 43352 Replies : 2
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49989 Replies : 144
[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I Lie Down Looking At The Starry-Sky To
ipes2[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I
Views : 18145 Replies : 145
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38255 Replies : 23
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39129 Replies : 38
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41532 Replies : 355
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 13184 Replies : 7
Bukan pisang:Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara
YgBenarBukan pisang:Cuma guna tulang ayam, arti
Views : 12752 Replies : 1
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 275946 Replies : 8049

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.219673 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list