CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35090|Reply: 0

[Sabah] Kerajaan negeri perlu sentiasa jaga hubungan baik dengan Persekutuan

[Copy link]
Post time 11-11-2024 10:57 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 11-11-2024 02:59 PM




ALBUM: Hajiji (tengah) bersama barisan kepimpinan GRS serta para perwakilan Gagasan Rakyat merakamkan gambar kenangan.
KOTA KINABALU: Menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk sentiasa menjaga hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan
Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, meski pun berjiwa tempatan, Gagasan Rakyat akan menjulang semangat Persekutuan Malaysia berteraskan Citra Kebangsaan.

"Kita akan memainkan peranan yang signifikan dalam kancah politik nasional bagi mengangkat agenda pembangunan negeri dan negara.

"Lebih-lebih lagi jika kerajaan Persekutuan itu dibentuk kerana sokongan dan dukungan kita bersama.

"Lumrahnya, di dalam kabinet Persekutuan akan ada wakil-wakil daripada Sabah dan juga Sarawak, menjadikan dua wilayah di Borneo ini sebagai sebahagian daripada kerajaan Persekutuan yang dibentuk itu.

"Kerana hakikatnya, kita adalah rakan kongsi dalam negara Malaysia. Justeru, hubungan antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan, harus dijaga dengan baik, malah perlu lebih akrab bagi menjamin kerjasama padu dan jitu untuk kepentingan kita bersama," katanya ketika menyampaikan amanat pada Perhimpunan Agung Tahunan Gagasan Rakyat 2024, di sini hari ini.

Hajiji yang juga Ketua Menteri berkata, itu antara pendekatan dan strategi dilaksanakan kerajaan negeri selama empat tahun kebelakangan ini.

"Berbaik-baik dengan jiran tetangga, berbaik-baik dengan semua negeri dan tentunya berbaik-baik dengan kerajaan Pusat, kerana kita adalah antara pendukungnya.
"Semua ini kita lakukan semata-mata untuk memajukan negeri dan mensejahterakan rakyat," katanya.

Beliau berharap usaha murni yang diperjuangkan bersama-sama itu, atas nama GRS-PH Plus akan ke arah memakmurkan negeri dan membela rakyat.
Katanya, usaha itu akan dapat dipertingkat dan diperhebatkan lagi pada masa-masa mendatang dengan sokongan dan dukungan padu semua pihak.

"Sekali lagi saya ingin memberi peringatan kepada orang-orang Gagasan Rakyat untuk merapatkan saf kepimpinan dan memperkukuhkan seluruh jentera parti.

"Rakyat di luar sana jangan dilupa. Aktiviti parti mesti melibatkan rakyat jelata bukan ahli parti semata-mata.

"Mendekati dan menyantuni rakyat bukan tugas kerajaan sendirian, tetapi itu adalah juga peranan YB-YB Gagasan Rakyat dan YB-YB Gabungan Rakyat Sabah (GRS), termasuk tanggungjawab semua pimpinan Gagasan Rakyat," katanya.

Beliau menegaskan apabila diumumkan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), semua jentera paĵrti perlu dan memastikan Gagasan Rakyat dan GRS menjadi pilihan utama rakyat.

Katanya, menjelang pilihanraya nanti, pihaknya akan terus menawarkan parti ini dan GRS kepada rakyat kerana masih banyak yang perlu dilakukan untuk membangunkan negeri.

"Kerajaan ini tetap menjadi platform terbaik untuk kita memantapkan gabungan demi meneruskan legasi perjuangan.
"Pilihan Raya yang mendatang menuntut kita semua untuk memperkukuh kerjasama, mengeratkan perpaduan dan memperhalusi strategi dalam memastikan Gagasan Rakyat dan GRS adalah pilihan terbaik untuk seluruh rakyat.

"Kita bukan sahaja berupaya dan berkebolehan dalam memikul amanah, tetapi juga ikhlas dalam perjuangan dan jujur dalam mencurahkan khidmat bakti dimana seluruh rakyat boleh meletakkan kepercayaan dan menyandarkan harapan.

"Sepanjang tempoh empat tahun lalu, kerajaan yang kita dukungi telah membawa banyak perubahan positif dalam politik, ekonomi dan semua aspek pembangunan negeri.

"Pendekatan kerajaan yang inklusif, telah membawa kepada kestabilan dan keharmonian berasaskan prinsip akomodatif.

"Lebih utama, selama empat tahun ini, kita telah berjaya memperkukuhkan jambatan yang menghubungkan Sabah dengan Persekutuan, lantas memperkukuh kerjasama dan persefahaman dalam isu-isu penting berkaitan keselamatan, kedaulatan negeri, hak-hak Sabah dalam penerokaan minyak dan gas, dan lebih signifikan hak-hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.052924 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list