JOHOR BAHRU: Seorang pengawal keselamatan sekolah cedera dilanggar kereta dipandu seorang wanita ketika mengawal lalu lintas di hadapan sebuah sekolah di Bandar Seri Alam di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, berkata pihaknya menerima satu paparan yang dimuat naik melalui Facebook 'Community Roda Johor – CRJ' dan menerima satu laporan berhubung kemalangan itu.
Beliau berkata, kemalangan membabitkan Perodua Viva dengan seorang pengawal lalu lintas sekolah itu kira-kira jam 1.40 tengah hari kelmarin.
"Pemandu kereta adalah seorang wanita tempatan berusia 40 tahun yang sedang memandu keretanya dari Taman Molek menghala ke Taman Ehsan Jaya.
Tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta terlanggar pengawal lalu lintas sekolah yang juga seorang lelaki warga tempatan berusia 69 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan ringan di tangan dan menerima rawatan di sebuah hospital swasta.
Terdahulu, tular video berdurasi 33 saat itu yang memaparkan kemalangan membabitkan kereta dengan pengawal lalu lintas berkenaan di sebuah sekolah dengan mendapat jumlah tanda 'like' yang tinggi dan turut dikongsi beberapa pengguna media sosial yang lain.
Jelas dalam video itu, ketika kejadian, lampu isyarat berwarna merah dan pengawal lalu lintas sedang berada di atas lintasan pejalan kaki untuk membantu murid sekolah melintas, sambil mangsa mengangkat tangan memberi amaran supaya kereta memberhentikan kenderaan.
Bagaimanapun, kereta berkenaan tetap melanggar mangsa.
Mohd Sohaimi berkata, siasatan dijalankan di bawah Rule 10 LN 166/59 dan pihaknya menasihatkan supaya orang ramai sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan.
"Sentiasalah memandu kenderaan dalam keadaan berwaspada dengan persekitaran dan bertanggungjawab," katanya.
Pada masa sama, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu supaya menyalurkannya kepada pihak polis di talian 07-3864222 bagi membantu siasatan.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 12-11-2024 07:50 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ni sama perangai dgn budak motor yg naik atas pedestrian walk time peak org balik kerja dgn jem nya lepas tu dia lost balance sebab nak elak pejalan kaki jatuh hempap kt keta i yg tengah tunggu traffic lights kat jalan raja chulan. Lepas tu dia salahkan org yg ramai2 atas pedestrian walk tu. Budak despatch bank dah tu tak de road tax lesen tka sure. Kata nak bayar ganti rugi sampai la hilang bagai Angin bayu membawa diriku
Sepintas lalu ku terkenangkanmu
Memori silam meresap malam
Kenangan bersama tersimpan selamanya
bangsa type C je yg buat salah play victim, x payah nak sayangkan sgt type C. bangsa la merempit ke, langgar lampu merah xde nak salah pihak lain. sendiri tanggung.