CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31413|Reply: 2

[Kedah] Pengusaha donut susu mohon maaf, tukar nama di TikTok

[Copy link]
Post time 12-11-2024 12:53 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 12-11-2024 12:54 AM

Pengusaha donut susu mohon maaf, tukar nama di TikTok

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
11 November 2024 09:45pm




Pengusaha donut susu memohon maaf seandainya video mereka telah disalah tafsir oleh netizen yang menontonnya.




ALOR SETAR - Pengusaha donut susu tampil memohon maaf dan menerima segala teguran berkaitan video mereka yang dikritik oleh netizen pada Isnin.

Jelasnya, video yang tular baru-baru ini bukanlah idea mereka sebaliknya melakonkan apa yang diarahkan sahaja.

“Untuk pengetahuan semua, ‘berayaq’ bermaksud doh kami yang cair dan bila makan donut cair di dalam mulut dan ‘jet’ itu adalah bermaksud terajang.

“Dan untuk pengetahuan semua, cirit itu bukanlah tagline dari kami dan video yang telah tular baru-baru ini bukanlah idea dari kami untuk bercakap tentang perkara itu.

“Kami hanya melakonkan apa yang diarahkan. Semoga menjawab semua persoalan,” katanya menerusi satu hantaran di TikTok.

]
Laporan Sinar Harian pada Isnin.




Menurutnya, mereka juga telah menukarkan nama ‘Donut Susu Berayaq’ kepada ‘Bertanah Donut Susu’.

“Kami menerima segala teguran dari kalian, dan nama kedua-dua akaun kami telah bertukar kepada ‘Bertanah’,” ujarnya.


Tambah kenyataan itu lagi, pihaknya juga memohon maaf seandainya video mereka telah disalah tafsir oleh netizen yang menontonnya.

“Ikhlas dari kami, hanya ALLAH maha pemberi rezeki. Kami memaafkan semua yang komen menghina kami, Insya-ALLAH kami akan perbaiki segala kelemahan,” katanya lagi.

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan tindakan peniaga donat susu di festival makanan di negeri ini yang menggunakan slogan berunsur tidak senonoh dan lucah untuk mempromosikan jualannya dianggap biadab dan tidak bermoral.


Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Kedah Negeri, Izharul Khairi Taharuddin berkata, kaedah pemasaran itu telah menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan masyarakat umum terutama mereka yang prihatin terhadap perkembangan moral anak muda.


Menurutnya, pihaknya mengecam kaedah pemasaran yang tidak sihat ini kerana menggunakan kandungan berbentuk jijik, lucah dan menjengkelkan.

https://www.sinarharian.com.my/article/696042/berita/semasa/pengusaha-donut-susu-mohon-maaf-tukar-nama-di-tiktok


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2024 08:46 AM | Show all posts
yg heran ada gak p beli support
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 11:50 AM | Show all posts
“Ikhlas dari kami, hanya ALLAH maha pemberi rezeki. Kami memaafkan semua yang komen menghina kami, Insya-ALLAH kami akan perbaiki segala kelemahan,” katanya lagi.


asal buat salah silap mula la guna nama islamik mcm ayat kat atas ni pahtu semua org maafkan pahtu gatal pegi support balik.

org mcm ni, korang kena boikot. sb ape? sb nt org x serik, nt ada plk penjual lain buat benda murahan mcm ni jgk, lps tu viral lps tu mtk maaf ulang2 sampai ajm.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.168727 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list