CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 24907|Reply: 61

[Tempatan] KPM takkan patah balik, UPSR dan PT3 tidak lagi relevan - Fadhlina

[Copy link]
Post time 12-11-2024 04:58 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 12-11-2024 09:00 AM
Terdahulu, beberapa Ahli Parlimen mencelah meminta KPM mempertimbangkan desakan supaya mengembalikan dua peperiksaan itu.

Mereka termasuk Isnaraissah Munirah Majilis@Fakharudy (WARISAN-Kota Belud), Dr Mohammed T
aufiq Johari (PH-Sungai Petani) dan Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor).

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan tidak akan berpatah balik dalam keputusan berkaitan pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang dibuat masing-masing pada 2021 serta 2022.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata ini kerana dua peperiksaan itu disifatkan tidak lagi relevan khususnya dalam menerajui Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

"Saya ambil peluang ini untuk menegaskan bahawa ketika ini kita tidak akan berpatah balik, dengan mengekalkan (keputusan untuk) menghapuskan UPSR dan PT3 kerana ia tidak lagi relevan.

"Sebaliknya kita memberikan ruang kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini berlangsung dengan baik... apa pun yang berlaku dalam pendidikan harus dikembalikan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan," katanya ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 peringkat dasar, di Dewan Rakyat, hari ini.

PBS disifatkan game changer' untuk KPM beralih daripada pentaksiran berorientasikan peperiksaan ke arah pentaksiran berorientasikan perkembangan murid secara holistik.

Walaupun KPM memutuskan UPSR tidak akan dikembalikan, masih ramai berharap peperiksaan bagi murid Tahun Enam itu diadakan semula.

Berdasarkan tinjauan BH di Facebook Berita Harian Online, sebanyak 91 peratus responden mahu pungutan suara atau referendum diadakan untuk mendapatkan pandangan umum sama ada peperiksaan itu perlu dikembalikan.

Selain itu, lapan peratus responden berpendapat ia tidak perlu diadakan semula dan berpuas hati dengan pendekatan pentaksiran yang diadakan ketika ini, manakala dua peratus lagi memilih untuk mengemukakan cadangan.

Hasil tinjauan itu diperoleh selepas 47 jam isu berkaitan UPSR dimuat baik di Facebook Berita Harian Online daripada 427 responden yang mengundi dan memberi pendapat dengan 391 mengundi bersetuju dan 36 mengundi UPSR tidak perlu dikembalikan.

Sementara itu, Fadhlina ketika mengulas lanjut berkata, melihat kepada falsafah pendidikan itu, murid perlu dinilai secara adil dalam konteks lebih holistik.

Beliau berkata, walaupun UPSR dan PT3 dimansuhkan, ia tidak bermaksud tiada langsung peperiksaan dilaksanakan di sekolah.

"Masih ada (peperiksaan) sebab itu dalam jawapan saya tadi, saya menegaskan bahawa kita akan mengukuhkan ujian akhir sesi akademik (UASA).

"Ia adalah ujian akhir sebagai sebahagian daripada konteks pentaksiran bagi ibu bapa yang berasakan anak mereka perlu dinilai melalui peperiksaan," katanya.

BH

Single Polls, Total 58 Users voted

Count down: 984 Days23 Hours34 min.

Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-11-2024 06:53 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 09:14 AM | Show all posts
katanya alasan tak relevan..

dlm teori bolehlah kata tak relevan tapi praktikalnya perlu. ibubapa sendiri nampak perubahan sikap pelajar sebab dasar pbd. tak ada motivasi belajar spt dahulu, santai, jadi aktiviti dirumah cuma main game, berhibur, tiktok, melayan perasaan.... sebab itu ramai ibubapa mau ada upsr dan pt3..mereka sendiri melihat kesan dasar dahulu dan dasar pbd dgn mata kepala sendiri

peperiksaan sendiri dah dibuat beratus atau ribuan tahuun sebagai tool utk menilai, hasilnya ramai pakar-pakar ilmu dalam pelbagai bidang dilahirkan, einstein, newton, maxwell adalah antara orang-orang yang buat revolusi ilmu sebelum ini, semua tu lahir dari sistem peperiksaan.. tengok finland buat tak ada peperiksaan malauun mana ingat ianya paling bagus utk semua keadaan.. dasar tak ada peperiksaan finland ni mana tokoh2 akademik yang hebat dan mahsyur telah berjaya dihasilkan?

satu lagi, ting 5 ada spm, kpm sendiri mau pelajar cemerlang peperiksaan ini. masa ini pelajar2 baru dipush untuk ubah sikap, ubah mentaliti tentang kepentingan peperiksaan. ada yang boleh adapt ada yang tak boleh pun, sbb masih ramai yang bawa sikap santai.. sekurangnya bila ada pt3 budak ada pengalaman dan tau expectation ttg peperiksaan.. bila rendah keputusannya, kpm cari jawapan bukan pada diri sendiri tp orang lain..pergh

disini pendekatan berkeras tak mau pt3 dan upsr adalah pendekatan yang silap...pbd adalah holistik hanya pada teori... bila kpm mau perbaiki pun, mereka akan tambah teori 10 jilid buku lagi, tapi pelaksanaannya tetap tak praktikal..antara sebab kpm juga tak mau diberi nilai spt pencapaian murid secara sebenarny... sebab itu aku selalu kata orang yang nak pertahankan dasar hanya pbd ni turun ke sekolah dan buat synchronization.. tengok dari bottom to top, apa yang berlaku disekolah sebenarnya, cari masalah disana, jgn berkeras dan lihat semuanya dari perspektif superman.. nanti syok sendiri sahaja


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
pt3 tak payah pun takpe. upsr tu perlu la i rasa. budak2 mcm lost sikit. even pengetua skolah anak i pun buat jugak exam tp peringkat skolah. i rasa perlu sbb lepas darjah 6 tetap la kena hadap entrance exam byk kali utk masuk skolah tertentu. patutnya buat upsr n mansuhkan lah entrance exam tu .just refer to upsr. menteri terima lah hakikat majoriti skolah masih lg tk equipped dgn nk buat pbs ni dgn efektif. so many things unaccounted for. tak termasuk lg biasness hat duk mengajar anak sendiri saudara mara etc. so many loopholes.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak tau nak setuju ka tak tapi aku suka cara menteri ni firm. Ala2 siapa tak suka sila migrate or kick me if you can gitu. Tak ramai politician yang berani mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 09:14 AM | Show all posts
UPSR/PT3 je hapus kan.? exam pertengahan tahun dengan akhir tahun, sekolah buat je kan.?

dah kemaruk nak exam banyak-banyak buat apa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2024 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai gak parents mengeluh PBD tak telus
Too subjektif
Sebagai parents, i setuju juga....
Anak i dapat TP3 wpun dia score A dlm ujian/exam...alasan, sbb dia ttinggal 1 kerja kusus...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Upsr bagi i memang perlu
Kat situ la parents nak tengok kat mana hala tuju anak nyer....boleh mahir kira? Boleh baca?
Kalau tunggu F5 baru nak spm, 9 tahun belajar budak2 lost....
Pastu bila F3 nak tentukan anak masuk aliran mana based on ape? PBD cikgu buat? Biased pun ade....jgn tipu la kata takde.
Masa F3 anak nak kena pilih sains stream? Akaun? Kemahiran? Vokay?

Nasib la kafa ade UPKK, psra...dapat la nilai jugak kemampuan anak2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2024 10:58 AM | Show all posts
kenapa ramai komen UPSR nak tahu anak boleh baca ke tak.?

habistu yang gi sekolah dari darjah 1 tu buat apa.? takkan sekali pon tak tahu anak dah reti membaca ke tak???

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
upsr tu perlu. Sbb huru hara iols tgk Mara
nk handle exam ukkm thn ni.
Calon dh beratus ribu. Nak panggil yang memohon
utk exam lagi.
Clash date lagi dgn exam upsra dan psra.
Dulu2..yang cemerlang je berjaya dipanggil utk exam ni.

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 11:23 AM | Show all posts
Edited by kucingitam at 12-11-2024 11:24 AM

peperiksaan sekolah je dah ok, takyah upsr tu pun takpe. parents pantau sendirilah anak tu blh membaca ke tidak.. takkan nak tunggu upsr..apo?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok la ok la.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 12-11-2024 11:20 AM
upsr tu perlu. Sbb huru hara iols tgk Mara
nk handle exam ukkm thn ni.
Calon dh beratus ribu. Nak pa ...

Ni betul
Nak tapis pun payah
Bukan takat pandai baca/kora jer
Nak cek anak ade extra bijak ke tak
Cikgu2 pun mengeluh takde upsr....
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 11:55 AM | Show all posts
Kjaan swk je bodoh nak buat upsr n pt3 balik. Dahlah cikgunya terkontang kanting nak ajar budak sbb banyak sgt prog yg redundant. Komunikasi n birokrasi tak mampu nak setel selalu dpt info lambat lagi nak acah2 terpaling advance.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu lagi proyek membodohkan rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
dekmieDandy replied at 12-11-2024 09:14 AM
UPSR/PT3 je hapus kan.? exam pertengahan tahun dengan akhir tahun, sekolah buat je kan.?

dah kemaru ...

Bg meols exam tgh dan akhir tahun dah ckup dah kan.  Murid2 masih kene rajin blajar utk 2 exam ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2024 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila x ada exam ko mcm x de hala tuju la Bai. Bnd basic pun x blh pikir ka
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 12-11-2024 09:14 AM
katanya alasan tak relevan..

dlm teori bolehlah kata tak relevan tapi praktikalnya perlu. ibubapa s ...

“jadi aktiviti dirumah cuma main game, berhibur, tiktok, melayan perasaan...”

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 12:56 PM | Show all posts
makita replied at 12-11-2024 12:36 PM
Bg meols exam tgh dan akhir tahun dah ckup dah kan.  Murid2 masih kene rajin blajar utk 2 exam ni.

kan!! parents push la exam yang ni, ni sendiri taknak ajar/remind anak, sekolah jugak kena salah
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
dekmieDandy replied at 12-11-2024 12:56 PM
kan!! parents push la exam yang ni, ni sendiri taknak ajar/remind anak, sekolah jugak kena salah

Sis..exam peringkat sekolah a, exam sekolah b manelah sama. Penilai exam tu pulak cikgu cikgu sendiri..tak selaras. Sebab tu la kita nak selaraskan semua..kembalikan upsr supaya senang nak anak anak extra bijak masuk asrama yang perlu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.088495 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list