CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6852|Reply: 0

[Sarawak] Pelaksanaan projek fizikal PLSB Sungai Sarawak dijangka siap pertengahan 2026

[Copy link]
Post time 12-11-2024 04:17 PM | Show all posts |Read mode


Penguang semasa tiba bagi menghadiri Persidangan DUN hari ini. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Pelaksanaan projek fizikal Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Sarawak melibatkan tiga pakej dijangka siap menjelang pertengahan 2026.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Penguang Manggil berkata, projek itu bagi Pakej 1 dan 3 dijangka siap pada Mei 2026 manakala Pakej 2 dijadual siap pada Jun 2026.

“Justeru, kemajuan pelaksanaan projek fizikal PLSB Sungai Sarawak Pakej 1, 2 dan 3 ketika ini masing-masing ialah 9.57 peratus, 0.27 peratus dan 0.40 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan See Chee How (Bebas-Batu Lintang) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Penguang berkata, pelaksanaan projek berkenaan melibatkan Pakej 2 dan 3 mengalami kelewatan 1.5 peratus dan 2.83 peratus berbanding jadual masing-masing iaitu 1.77 peratus dan 3.23 peratus.

Menurutnya, Pakej 2 merangkumi kerja pembersihan dan pembinaan kolam takungan air yang turut dikenali sebagai kolam Pengurusan Air Ribut Bandar Sarawak (SUStoM) di kawasan kuarters jururawat lama.

Tambah beliau, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengeluarkan perintah henti kerja pada 7 Ogos 2024, susulan rayuan oleh Persatuan Warisan Sarawak (SHS) untuk memelihara kuarters jururawat lama yang mereka anggap sebagai bangunan warisan.

“Bagi menyelesaikan masalah ini, jawatankuasa pelbagai disiplin atau agensi telah ditubuhkan dan kini sedang berusaha mencari penyelesaian agar projek ini dapat diteruskan seperti yang dirancang.

“Usaha ini dilakukan bagi memastikan integriti serta nilai warisan kuarters jururawat lama di hadapan Hospital Umum Sarawak terpelihara,” jelas Penguang lagi.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.033111 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list