CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35644|Reply: 0

[Pulau Pinang] Suspek bunuh dua beranak didakwa esok

[Copy link]
Post time 12-11-2024 06:23 PM | Show all posts |Read mode
Suspek bunuh dua beranak didakwa esok

Oleh Zuhainy Zulkiffli - November 12, 2024 @ 6:05pm [email protected]




Mangsa bunuh Zulkifli Ibrahim, 62, (kiri) dan anaknya Siti Zulaila, 30. - Foto NSTP/MIKAIL ONG




GEORGETOWN: Suspek lelaki yang menikam dua beranak hingga maut dalam kejadian di hadapan lif di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini, Khamis lalu akan didakwa esok.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake, berkata lelaki berusia 32 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Suspek akan didakwa di wad Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira jam 9 pagi.

"Susulan itu, polis berjaya melengkapkan siasatan kes bunuh berprofil tinggi ini dalam tempoh enam hari sahaja sehingga menghasilkan pertuduhan terhadap suspek bunuh berkenaan pada esok," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan kejadian menimpa Siti Zulaila, 30, bersama bapanya, Zulkifli Ibrahim, 62, yang maut akibat ditikam seorang lelaki dalam kejadian di hadapan lif sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini.

Insiden itu dipercayai berpunca akibat mangsa wanita dikatakan menolak cinta suspek.

Difahamkan, sekurang-kurangnya enam kesan tikaman dikesan pada mayat kedua-dua mangsa.

Suspek yang dirawat di HPP direman selama tujuh hari.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/11/1323049/suspek-bunuh-dua-beranak-didakwa-esok





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.107077 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list