CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33081|Reply: 7

[Jenayah] Sittah V2.0: Suri rumah kena dipenjara sebulan sebar Ajaran Cahaya, sesat

[Copy link]
Post time 13-11-2024 12:24 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 13-11-2024 08:47 AM

SEREMBAN: Suri rumah dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM2,500 di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini atas pertuduhan mengajar dan bersubahat menyampaikan ajaran sesat iaitu Ajaran Cahaya, tahun lalu.

Tertuduh, Noridayu Hashim, 42, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan salah di hadapan Hakim Syarie Zulfikri Yasoa sejurus pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah mengajar ajaran salah kepada seorang wanita berusia 59 tahun dan seorang lelaki berumur 65 tahun yang berlawanan dengan hukum syarak iaitu dengan menganjurkan dan menyatakan bahawa berpelukan berbeza jantina dan bukan mahram adalah dibolehkan kerana Kumpulan Ajaran Cahaya adalah malaikat dan tidak mempunyai nafsu.

Justeru, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Kedua-dua kesalahan dilakukan dari September 2023 hingga Disember 2023 bertempat di sebuah rumah yang beralamat Kampung Sungai Dua Besar, Kuala Pilah.

Jika disabitkan bagi setiap pertuduhan, tertuduh boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam rayuannya, Noridayu yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana dia dan suami tidak mempunyai kerja tetap dan hanya menjana pendapatan dengan berniaga makanan.

Tertuduh juga memohon maaf atas kesilapannya dan mengakui sudah insaf atas perbuatan itu.

Media pada 4 Oktober lalu melaporkan seorang individu mengaku di dalam dirinya ada roh kudus yang merujuk kepada roh semua rasul dan menganggap sudah mencapai darjat yang tinggi sehingga tidak perlu beribadat.

Ajaran yang dikenali sebagai Ajaran Cahaya didalangi seorang lelaki ini lebih banyak disebar menerusi media sosial yang mana ahlinya di aplikasi Telegram mencecah 5,000 orang.

BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-11-2024 07:42 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Pulak dah. Apa kebodohan yg melanda pengikut dia smpi x ley beza bnd sesat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
berpelukan berbeza jantina dan bukan mahram adalah dibolehkan kerana Kumpulan Ajaran Cahaya adalah malaikat dan tidak mempunyai nafsu.

-------
Cuba lepas yg lelaki umur 65 tahun tu peluk hang lama2 tengok ada apa2 yg keras ke idok?  Btw hang ni tembun gak, malaikat tak makan minum camne leh bam bam?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 13-11-2024 08:25 AM

padan muka.
nak kasi halal duit harom, nak kasi halal gatal gatal, nk kasi halal bhibor level over, kasi halal takmo solat takmo puasa.
itu je.  
amik situ sikit amik sini sikit.
kretip kan??
org kampung sini ada sekor, tua bangka kurus kering badan dh melengkung pon. dia dgn kawannya bomoh, ngajor org, tak payah smayang. tp kalau bab lain ke ko tembak dia ke, reti dia jawap pakai agama. nk menang psaingan pelesu. sila kan

(kalao hat bjenis sikit, dia paham dia buat tu tak betol. dia duk diam diam. jenis gini takde, dia pulak lagi ngajo org)

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
keje meniaga makan ni byk masa sgt ke nak mendalami siap ajar ilmu sesat kat org?
setahu i la org menjual makanan ni tido pun tak cukup, letih tu pantang ada waktu rehat duduk pun blh terlelap. yg dia ni byk nau masa buat benda tak pekdah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2024 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
kak oi..

nak bercahaya ko sorang2 je lah…x payah nak ajak org lain ke lembah neraka
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 12:28 PM | Show all posts
muka sikit tak bercahaya pun
ngn pakai tudung kepam eewwww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.058121 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list