CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33759|Reply: 0

[Kedah] Anggota APMM terima rasuah didenda RM25,000

[Copy link]
Post time 13-11-2024 05:18 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 13-11-2024 05:19 PM

Anggota APMM terima rasuah didenda RM25,000

BERNAMA





Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Muhamad Abdul Hadi Abdullah (kiri) didenda RM25,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2,300, dua tahun lepas. FOTO BERNAMA



Alor Setar: Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) didenda RM25,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas lima pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2,300, dua tahun lalu.

Hakim N Priscilla Hemamalini menjatuhi hukuman denda RM5,000 bagi setiap pertuduhan terhadap Muhamad Abdul Hadi Abdullah, 35.

Mahkamah memerintahkan tertuduh yang berpangkat Laskar Kanan Maritim di Ibu Pejabat APMM Kedah dan Perlis, dipenjara lima bulan bagi setiap pertuduhan jika gagal membayar denda.

Mengikut kesemua pertuduhan, Muhamad Abdul Hadi menerima wang berjumlah RM2,300 dengan tiada balasan daripada pemilik Syarikat LGH Maju Trading, Lim Kian Chong dan tertuduh mengetahui dia ada perhubungan kerja-kerja rasmi dengan individu terbabit.



  • Wang berkenaan diterima melalui lima transaksi daripada akaun Maybank milik orang tengah iaitu seorang wanita yang kemudian dimasukkan ke akaun RHB Bank tertuduh.


Kesemua kesalahan itu dilakukan di RHB Bank Bhd Cawangan Pulau Langkawi pada 2 Januari, 10 April, 11 Mei, 7 Julai dan 8 Oktober 2022.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abd Muntaqim Abdul Aziz dan Mohd Syahzada Azad Sanusi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Disiarkan pada: November 13, 2024 @ 3:04pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1154568/anggota-apmm-terima-rasuah-didenda-rm25000




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.034472 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list