CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9619|Reply: 0

[Sarawak] ART Sarawak berbeza daripada ART Nusantara

[Copy link]
Post time 19-11-2024 09:25 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 19-11-2024 01:27 AM



PENJELASAN: Lee (tengah) bercakap pada sidang media. Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Sistem Autonomous Rapid Transit (ART) Sarawak pada asasnya berbeza daripada prototaip ART yang digunakan di ibu negara baharu Indonesia, Nusantara dan susulan itu, ART Sarawak tidak mungkin berhadapan isu sama.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin mengambil berat akan kekhuatiran yang timbul berikutan laporan baru-baru ini dan menjelaskan bahawa ART Sarawak diperoleh daripada pengeluar berbeza, yang mempunyai kepakaran khusus dalam sistem ART.

Terdahulu, The Jakarta Post pada 14 November 2024 menekankan bahawa prototaip ART Nusantara akan dikembalikan kepada pengilang Chinanya selepas percubaan mendedahkan kegagalan, terutama dengan sistem pemanduan autonominya.

“Sistem ART untuk projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) telah melalui ujian ketat dan ujian pembuktian konsep di China dan Kuching.

“Kerjasama kami dengan Original Equipment Manufacturer (OEM) memastikan ART itu disesuaikan secara khusus untuk memenuhi keperluan alam sekitar dan operasi Sarawak,” katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Berikutan itu, Lee menekankan bahawa sistem ART Sarawak direka dengan keupayaan autonomi termaju, termasuk navigasi autonomi, pengesanan halangan dan langkah keselamatan penumpang.

Bagaimanapun, beliau berkata pemandu terlatih akan kekal di ART untuk memantau dan mengawal kenderaan apabila perlu, seterusnya meningkatkan kebolehpercayaan dan keselamatan.

“Kenderaan ART kumpulan pertama sedang menjalani ujian kilang yang ketat dan akan diuji serta ditauliahkan di tapak di Kuching.

“Proses ini akan digunakan bagi kesemua 38 unit yang diperoleh untuk projek itu bagi memastikan kualiti dan keselamatan yang konsisten,” katanya.

Berlainan dengan ART Nusantara yang dihasilkan oleh pengilang pakar dalam rel berkelajuan tinggi, Lee berkata ART Sarawak dibangunkan oleh sebuah syarikat dengan tumpuan khusus pada sistem ART.

Beliau menegaskan bahawa kepakaran yang disasarkan ini, ditambah dengan ujian dan penambahbaikan dunia sebenar, meletakkan Sarawak untuk menyampaikan penyelesaian pengangkutan moden dan cekap untuk Kuching.

"Kegagalan yang diperhatikan dalam percubaan ART Nusantara telah ditangani pada awal projek kami melalui kerjasama rapat dengan OEM, sekali gus memastikan ART kami memenuhi piawaian reka bentuk dan prestasi diperlukan," katanya.

Beliau juga mengulas bahawa projek KUTS mewakili komitmen Sarawak untuk memodenkan sistem pengangkutan awamnya.

Dengan unit pertama dijangka tiba tidak lama lagi, sistem ART dijangka merevolusikan mobiliti bandar di Kuching, menawarkan alternatif yang selamat dan cekap berbanding pengangkutan tradisional.

“Kami yakin sistem ART di Sarawak akan menjadi kisah kejayaan, hasil proses perancangan dan ujian kami yang komprehensif,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.431511 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list