CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36542|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pelajar tingkatan 2 terjatuh daripada tingkat lapan sekolah dipercayai alami tekanan belajar

[Copy link]
Post time 19-11-2024 01:55 PM | Show all posts |Read mode
Pelajar tingkatan 2 terjatuh daripada tingkat lapan sekolah dipercayai alami tekanan belajar

Zuhainy Zulkiffli[email protected]




LOKASI kejadian pelajar perempuan tingkatan dua yang dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan sekolahnya di Jelutong, di sini. FOTO Zuhainy Zulkiffli




Georgetown: Pelajar perempuan tingkatan dua yang maut selepas terjatuh daripada tingkat lapan bangunan sebuah sekolah menengah di Jelutong, di sini, semalam dipercayai mengalami tekanan belajar.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, ia berdasarkan nota yang ditemukan polis ketika pemeriksaan.

"Polis menemukan nota dipercayai ditulis oleh pelajar itu yang mengatakan dia tertekan dalam pelajaran.

"Kita percaya ia menjurus kepada kejadian malah tidak menemukan sebarang unsur jenayah," katanya, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Rozak berkata, bedah siasat ke atas mangsa sudah dijalankan pagi tadi di Hospital Pulau Pinang (HPP) namun polis masih menunggu keputusannya.

Terdahulu, polis menerima laporan daripada pegawai perubatan HPP berkaitan kematian pelajar itu, jam 5.57 petang kelmarin.

Siasatan di lokasi kejadian serta pada badan mangsa mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.



Disiarkan pada: November 19, 2024 @ 1:46pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1156676/pelajar-tingkatan-2-terjatuh-daripada-tingkat-lapan-sekolah-dipercayai




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.046023 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list