CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33811|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kontena bawa lebih 6 tan batang buluh dari China diarah patah balik - MAQIS

[Copy link]
Post time 20-11-2024 06:06 PM | Show all posts |Read mode
Kontena bawa lebih 6 tan batang buluh dari China diarah patah balik - MAQIS

Oleh Nur Izzati Mohamad - November 20, 2024 @ 4:52pm[email protected]




Penguat kuasa MAQIS Pulau Pinang memeriksa kontena berisi dagangan batang buluh dari China di Pelabuhan Kontena Butterworth (NBCT). - Foto ihsan MAQIS Pulau Pinang




BUTTERWORTH: Kontena membawa lebih enam tan dagangan berisi batang buluh dari China diarah berpatah balik ke negara asal.

Arahan dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang susulan pemeriksaan rutin di Pelabuhan Kontena Butterworth (NBCT), di sini pagi tadi.

MAQIS negeri melalui kenyataan berkata, hasil pemeriksaan terhadap dagangan seberat 6,025 kilogram (kg) bernilai lebih RM47,000 itu menemukan maklumat berbeza dan mengelirukan pada dokumen import.

Selain itu, terdapat juga penemuan bahan cemar pada barang dagangan berkenaan.

"Oleh itu, kontena terbabit ditahan dan tidak dibenarkan masuk ke negara ini sebelum diarahkan untuk berpatah balik ke negara asal," katanya hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 13, Akta MAQIS 2011 (Akta 728) dan Seksyen 14(b) akta sama.

MAQIS mengingatkan semua pemain industri sentiasa merujuk dan mematuhi syarat perdagangan import dan eksport negara.

"Sebarang perbuatan tidak mematuhi syarat menjadi kesalahan dan tindakan tegas akan dikenakan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/11/1326461/kontena-bawa-lebih-6-tan-batang-buluh-dari-china-diarah-patah-balik-maqis





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.431199 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list