CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22625|Reply: 0

[Kedah] Kuala Muda kekal daerah catat kadar kemalangan tertinggi

[Copy link]
Post time 21-11-2024 05:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 21-11-2024 05:21 PM

Kuala Muda kekal daerah catat kadar kemalangan tertinggi

NURUL HIDAYAH HAMID
21 November 2024 03:20pm




Daerah Kuala Muda masih menjadi antara daerah yang mencatatkan kadar kemalangan dengan kematian tertinggi dalam negara. Gambar hiasan




ALOR SETAR - Daerah Kuala Muda masih menjadi antara daerah yang mencatatkan kadar kemalangan dengan kematian tertinggi dalam negara.

Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Kedah, Dzowahir Ab Ghani berkata, daerah Kuala Muda merekodkan 109 kematian bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, sekali gus tinggi berbanding daerah-daerah lain.


Bagaimanapun, beliau yang juga Exco Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan negeri memaklumkan, Kedah bukan lagi negeri yang mencatatkan kadar kemalangan dengan kematian tertinggi dalam negara.

"Kita telah mengambil iltizam ataupun pendekatan dan kini Kedah merupakan negeri keempat dengan 582 kematian pada tahun lepas.

"Saya berterima kasih atas semua usaha pihak terlibat dan selepas ini terus berusaha untuk berada di tempat terakhir memandangkan kemalangan jiwa adalah satu peristiwa yang sedih dan menyentuh hati," katanya.

]
Dzowahir (tiga dari kiri) merasmikan Program Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia Peringkat Negeri Kedah di Auditorium Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini pada Khamis.




Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia Peringkat Negeri Kedah di Auditorium Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini pada Khamis.

Menurutnya, terdapat pelbagai usaha diambil termasuklah kempen keselamatan jalan raya untuk mengurangkan kadar kemalangan.



"Jikalau masyarakat tidak berdisiplin. agak sukarlah untuk kita hendak mengurangkan kes kemalangan jalan raya di negara ini," katanya.

Sehubungan itu, katanyam setiap pengguna jalan raya perlu memiliki tahap displin yang tinggi bagi membantu dalam mengurangkan kadar kematian.

"Saya ingin menyeru semua pihak termasuklah jabatan, agensi, badan bukan kerajaan (NGO) dan juga swasta untuk bersama-sama meneruskan kempen keselamatan jalan raya," katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/697872/edisi/utara/kuala-muda-kekal-daerah-catat-kadar-kemalangan-tertinggi



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.214724 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list