View: 20987|Reply: 7
|
[Tempatan]
Hat Yai destinasi cuti termurah di Asia, Malaysia di Miri
[Copy link]
|
|
Oleh NORISMA NAJWA CHE ISMAIL
21 November 2024
PETALING JAYA – Hat Yai, Thailand mengungguli tempat pertama dalam senarai destinasi paling murah di Asia untuk percutian hujung tahun dengan harga bilik secara purata RM205 satu malam.
Lokasi popular di selatan Thailand itu menjadi pilihan utama pelancong yang mahukan percutian bajet kerana terkenal dengan pasar meriah dan makanan jalanan selain suasana Krismas yang meriah pada musim percutian.
Surakarta, Indonesia pula berada di tempat kedua dengan harga bilik purata RM210, diikuti Varanasi, India (RM219) dan Dalat, Vietnam (RM277).
Destinasi Miri, Malaysia berada di tangga kelima dengan harga bilik purata RM290 satu malam.
Destinasi lain ialah Subic, Filipina RM384, Taitung, Taiwan (RM447), Nagoya, Jepun (RM487), dan Yeosu-si, Korea Selatan (RM572).
Agoda dalam satu kenyataan berkata, hujung tahun merupakan masa terbaik untuk bercuti meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.
“Namun begitu, perbelanjaan boleh meningkat sekiranya tidak dipantau,” katanya.
Sementara itu, senarai destinasi murah dipilih berdasarkan analisis kadar bilik purata di 10 destinasi utama pada September hingga Oktober lalu. -KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
erm kalau nak kata murah, takla murah mana. murah lagi berjalan dalam negara |
|
|
|
|
|
|
|
apa yg best kat hatyai?
kwn meols kata 1st and last.. better pi bkk |
|
|
|
|
|
|
|
kaka kitty meols baru balik dari hatyai isnin tuhari. bkk tetap dihati takleh lawan lerrr hshshshs
|
|
|
|
|
|
|
|
hamboihhh baru jah sis pegi bkk kann? ni pegi hatyai pulak... wowwzeeeerrr jalan merata2 nohhhhhh
depa kata makan jah ok kat hatyai. sopink2 jenjalan bkk jugak di hati, ada betoi ka?
kut cenggitu meols nak pi chegmai la dr pi hatyai , bkk baru jah cover tp mmg nak repeat balik.. tak cukup 4 days
|
|
|
|
|
|
|
|
p sekejap jaa kaka masuk utk makan jaa. betui la tu kalau sopink dekat bkk lagi mantol. rasa mcm nak kena repeat bkk
chiangmai cantik kan view boleh try masuk dalam list lepas ni
|
|
|
|
|
|
|
|
yaaa chiangmai tu nak repeat sbb penah pegi berkurun lamanya dulu
ajoommm
|
|
|
|
|
|
|
| |
|