CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37074|Reply: 6

Lipatlah bumi ini Ina! - Aksi naik buai Ina Naim dan suami buat netizen "bersemut"

[Copy link]
Post time 22-11-2024 10:20 PM | Show all posts |Read mode





Fasa bahagia kehidupan pasangan pengantin baharu, Ina Naim bersama suami terus menjadi sorotan netizen Malaysia.


Terbaharu, melalui satu klip video yang kini tular di laman sosial Tik Tok menunjukkan ‘kemanisan’ hubungan suami isteri itu apabila aksi naik buai pasangan itu menjadi perhatian ramai.


Ina dan suaminya, Mohd Khairul Rizal Shukor ketika ini sedang melalui fasa bahagia dengan masing-masing menunjukkan reaksi mereka ketika merakam video bersama di satu buaian.





“Naik buaian dengan cara salah, naik buaian secara betul,” tulis video tersebut.


Rata-rata peminat turut meninggalkan komen kata-kata semangat dan tahniah kepada pasangan tersebut.


“Alhamdulillah, kakak tengok Ina semakin cantik, pasangan yang serasi. Tahniah Ina dan suami,” jelas ida_idayu.


“Semoga pasangan ini berbahagia hendaknya, suka tengok.. Raut wajah Ina pun nampak bahagia,” tulis Fauzura82.


Terdahulu, penyanyi dan usahawan, Ina kembali bergelar isteri selepas sah diijabkabulkan dengan jurutera, Mohd Khairul, dengan sekali lafaz.


Pasangan itu dinikahkan oleh Naib Kadi Daerah Kota Tinggi, Mohamad Ramadhan Mahroji di kediaman keluarga Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor baru-baru ini.


Ina bergelar ibu tunggal selepas suaminya, bekas penyanyi kumpulan nasyid In-Team, Allahyarham Suhaimi Saad, 43, meninggal dunia pada 15 November tahun lalu.


Hasil perkahwinan dengan Suhaimi, mereka dikurniakan empat cahaya mata.


Sumber : KOSMO
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2024 11:46 PM | Show all posts
@CARI-MAL
Cube cerita kat aku celah man datang perkataan bersemut ni.
Mende bersemut ni salah satunye bangkai tau x. Bangkai yang dah mati
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
ambik la bumi ni kat korang aku nak pergi bulan
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
so sawit this couple
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya tau fasa bahagia tapi tak payah la tunjuk kat socmed. Nampak menggeletis dua2

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 09:51 AM | Show all posts
Edited by nolya at 23-11-2024 10:00 AM

Ina spt seorang yg kejutan budaya, terkejut setelah bebas drp segala pantang larang ketika bersama2 dgn arwah suaminya dahulu. Suami baru pun terikut2 mencari kegemerlapan populariti di socmed atas platform 'pengantin baru'.  Dah mcm anak kecik yg baru nak kenal dunia, seronok main ayun2an.

Lagi cantik kalau Ina dn suami perlihatkan aktiviti merebus telur pindang dlm periuk besar menggunakan dapur kayu api.  Barulah nampak kegigihan kalian ke arah entrepreneurship. Buka iklan kpd ramai, mereka yg nak bermenantu, buat pesanan door gift telur pindang. Sambil itu, Ina boleh explore cara2 packaging yg lebih cantik, kemas dn rapi, presentable sbg door gift untuk majlis2 aqiqah, hari lahir ataupun wedding. Boleh semak mll I'net (U-tube atau Pinterest). Ajak anak2 tolong membungkus ketika anak2 berlapangan waktu. Itu yg sepatutnya Ina tunjukkan di socmed betapa Ina berinisiatif menjana pendapatan. Atau lebih cantik kalau ada suasana  Ina bertadarus lepas solat sementara suami mengajar anak2  mengaji/mentelaah pelajaran  atau tahlil sefamili sendiri. Tak perlu ada orang luar, cukup diimamkan 'abang' suami, Ina dan anak2.  Itu lebih bererti  memperlihatkan kebahagiaan penuh berkah.
Ina nak balas dendam ke kerana dgn arwah suami dulu, tak dapat semua tu?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2024 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Tung ahh
Ina xkesah nafkah lain
Yg penting batin je ina kata
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.048534 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list